Ya, penembak negara berusia 24 tahun itu telah mengejutkan arena sukan Malaysia apabila berjaya melayakkan diri beraksi di pentas Sukan Olimpik Rio Ogos depan.
Tidak perlu saya rungkai satu persatu bagaimana dia yang tidak diletakkan sandaran tinggi ini berjaya cipta kejutan di Kejohanan Menembak Asia, New Delhi tempoh hari. Saya yakin peminat sukan negara pasti sudah mengikuti kejayaan anak muda ini sejak di kelayakan terakhir itu.
Cuma yang saya ingin kongsikan di sini, penembak yang kita banggakan ini bukan sahaja berbakat dalam menembak, malah punya ilmu yang penuh di dada.
Ya, Johnathan seorang pelajar pintar! Saya cukup kagum apabila dia bercerita kepada saya bagaimana ingin fokus terhadap dua perkara yang begitu penting dalam hidupnya iaitu pelajaran dan kerjaya sebagai atlit menembak negara.
Jangan terkejut kerana anak muda ini merupakan pelajar kejuruteraan aeroangkasa di Universiti Putra Malaysia. Bukan calang-calang jurusan yang diambil oleh Johnathan ini. Kadang-kadang saya tertanya, tidak penatkah untuk berlatih dan belajar dalam satu masa?
Tetapi Johnathan berjaya buktikan bahawa jika kita tekad dan positif, apa yang dikejar pasti dapat dicapai.
Bila ditanya , "Apa cita-cita John sebenarnya?" Penuh semangat dia menjawab , "Saya nak jadi seorang jurutera yang berjaya!" Tetapi itu tidak bermakna perjalanan sebagai atlit terhenti begitu sahaja. Pasti dia sudah merancang segalanya dengan sempurna demi masa depan.
Bukan mudah nak jadi jurutera. Pengorbanan terbesar dia sekarang adalah menangguhkan pelajaran satu semester untuk fokus latihan sebelum ke Olimpik.
Bukan kerana tidak sayangkan pelajaran, tetapi dia yakin, selepas Olimpik, dia pasti akan kejar kembali segala ilmu yang ditinggalkan buat seketika.
Selamat maju jaya saya ucapkan kepada Johnathan Wong!