RENCANA
Chelsea semakin hanyut
Dengan hanya mengutip satu mata pada pertemuan dengan Aston Villa semalam telah meletakkan Chelsea di tangga ke enam carta liga. Dari kedudukan itu sudah pasti akan meresahkan pengendali Chelsea, Frank Lampard tentang prestasi anak-anak buahnya yang kurang konsisten pada setiap perlawanan terutama pada lima perlawanan terakhir. Lihat sahaja dari jumlah jaringan yang membolosi pintu gol Chelsea iaitu sebanyak 7 gol berbanding jumlah jaringan yang dimiliki Chelsea. Ini menunjukan bahawa Chelsea mempunyai masalah dari segi bertahan dan sudah pasti konsentrasi serta focus setiap pemain itu diambil kira.
Ini diakui sendiri oleh Frank Lampard di mana pemain-pemainnya kurang konsentrasi di atas padang yang menyebabkan mereka melakukan kesilapan
Mudah dan memberi kelebihan kepada lawan sebagaimana ketika menentang Arsenal minggu lalu. Itulah yang menyebabkan Chelsea terkeluar dari lima kelompok teratas carta Liga Perdana Inggeris pada minggu ini. Sudah tentu ini satu perjalanan yang sukar bagi Frank Lampard sebelum menghabiskan baki perlawanan pusingan pertama Liga Perdana Inggeris, dimana Frank Lampard perlu mencari satu formula untuk membangkitkan kembali keyakinan dan semangat juang pemain-pemainnya.
Iklan
Sekiranya masalah perestasi yang terumbang ambing ini tidak dapat diatasi dengan segera oleh Frank Lampard ia akan menambah lagi tekanan kepada Frank Lampard dan menguatkan lagi spekulasi tentang pemecatan dirinya. Untuk memgatasi masalah itu dengan segera pemain-pemain Chelsea perlu bingkas bangkit untuk meningkatkan prestasi mereka dan membantu Frank Lampard dari terus dibebani tekanan.
Dari kualiti pemain yang dimiliki Chelsea ia tidak mempunyai masalah untuk mengatasi kemelut yang sedang mereka hadapi itu dengan segera tetapi ia terletak pada pemain-pemain Chelsea sendiri. Sekira mereka memikirkan Chelsea itu sebagai sebuah keluarga sudah tentu mereka akan bingkas menyedarkan antara satu sama lain untuk bangkit membantu nakhoda mereka dari terus tenggelam. Inilah masanya untuk pemain-pemain Chelsea bersatu menjaga keharmonian pasukan dari terus hanyut dibawa oleh masalah prestasi pasukan yang mereka alami itu.
Must-Watch Video



