Skip to main content

Rencana

Bukan senang nak jadi 'player'

sime-darby.jpg
Pemain bola sepak profesional adalah kerjaya impian semua orang barangkali sejak usia kecil lagi.

Namun, hakikatnya bukan senang untuk menjadi pemain bola sepak yang berjaya. Setiap pemain akan melalui detik pasang surut dalam karier masing-masing. 

Sesetengah pemain diberi kesenangan dalam merintis perjalanan karier mereka tetapi ada juga diuji dengan dugaan untuk menjadi pemain bola sepak disegani.

Baru-baru ini, pasukan berstatus kelab Sime Darby FC mengejutkan bola sepak tempatan apabila menarik diri dalam saingan Liga Perdana musim depan selepas tujuh tahun bersaing dalam kancah Liga Malaysia.

Tiada sebab dinyatakan kelab berkenaan mengenai punca mereka menarik diri, namun ia dipercayai akibat peningkatan kos kewangan yang terpaksa ditanggung pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia setiap tahun.

Pasukan lain yang mahu tarik diri, Sime Darby FC pula tarik diri. Begitulah ceritanya. Ini kerana sebelum ini kedengaran Felcra FC yang mahu menarik diri susulan pasukan itu gagal dalam misi mereka ke Liga Perdana 2018. 

Tetapi, lain pula ceritanya setelah mereka berpeluang beraksi dalam saingan Liga Perdana susulan daripada keputusan Sime Darby FC itu dan skuad Felcra bersedia untuk menjadi pengganti kepada mana-mana pasukan yang menarik diri.

Nak main tapi kalau Liga Perdana, kalau bukan, tak main la. Macam itulah konsepnya.

Berdasarkan situasi itu, penulis cukup simpati apabila mengenangkan nasib pemain terutama yang mempunyai komitmen dan keluarga.

Bagaimana mereka hendak menyara kehidupan mereka tanpa pendapatan? Bagaimana hendak melunaskan segala komitmen untuk kehidupan mereka?

Ada pasukan, pasukan tutup. Ada pasukan tapi belum comfirm nak main. Pening pemain nak fikirkan mengenai masa depan mereka. Itulah nasib pemain bola sepak yang suam-suam kuku ini. Last-last, main dalam liga sosial je la macam penulis. 

Jadi, penulis berharap agar mana-mana syarikat korporat yang ingin beraksi dalam Liga Malaysia harus mempunyai objektif yang jelas di mana mereka perlu mempunyai perancangan jangka panjang bagi mengelak pembubaran selepas hanya beberapa musim.

Advertisement

Must Watch Video