Bulan Merdeka ini bakat-bakat muda membawa perkhabaran menarik buat bola sepak negara.
Terkilan tetapi tiada apa yang perlu dikesalkan selepas menyaksikan skuad remaja negara gagal mempertahankan gelaran dalam Kejohanan AFF B-18, malam tadi.
Begitupun, skuad Australia bimbingan Gary van Egmond itu perlu menunggu sehingga minit ke-79 sebelum dapat merobek gawang lawan untuk kemenangan 1-0 dalam final.
Walaupun anak buah Brad Maloney itu melangkah ke pentas perlawanan akhir berbekalkan reputasi kemenangan 3-0 di peringkat kumpulan, namun faktor bermain dalam separuh akhir juga memainkan peranan.
Lebih-lebih lagi, prestasi mempesonakan oleh beberapa pemain, antaranya Luqman Hakim Shamsudin dan Muhd Mukhairi Ajmal Mahadi.
Secara keseluruhannya, pasukan negara menunjukkan potensi walaupun menempuhi prestasi turun naik sepanjang kempen di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam itu.
Pasukan adik, skuad B-15, juga mengagumkan apabila menjuarai Kejohanan AFF B-15 di Stadium Chonburi, Thailand.
Walaupun ketinggalan, mereka mampu menjinakkan skuad Gajah Perang itu untuk muncul juara kali kedua selepas kali pertama melakukannya pada 2013.
Kedua-duanya juga sempat mengikis imej Australia yang sering dilabel pasukan pilihan.
Mereka memiliki elemen boleh mengawal tekanan dan tidak terburu-buru kerana ketika ini, mereka cenderung menyerap asakan sebelum menghukum pasukan lawan.
Tahap mereka membaca permainan dan gerakan tanpa bola skuad ini juga perlu diberi perhatian dalam usaha mengubah landskap bola sepak negara.
Usaha skuad B-22 kendalian Datuk Ong Kim Swee, Mac lalu, juga tidak seharusnya dipandang sebelah mata biarpun pun gagal menjuarai Kumpulan J, Kelayakan AFC B-23 yang menjadi milik China.
Penjadualan kejohanan itu mengundang kontroversi sehingga menyebabkan mereka gagal menempah slot pusingan akhir menerusi perbezaan jaringan tetapi jurulatih yang berpengalaman luas dalam Piala Dunia, Guus Hiddink, sempat menyatakan kekagumannya.
Dalam masa yang sama, tahniah buat skuad cilik B-12 negara yang menduduki tempat ketiga Piala Soong Ching Ling 2019 di Hangzhou, China.
Seharusnya pencapaian-pencapaian ini membuka mata peminat bahawa masih ada harapan untuk Harimau Malaya mengaum di pentas antarabangsa pada satu hari nanti.
Kejayaan di pelbagai lapisan umur pasti akan melahirkan kelompok pemain yang ramai untuk diserapkan dalam skuad senior, jadi tidak perlu lagi pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, menghadapi persoalan mengenai penyenaraian pemain yang kurang minit permainan seperti Ahmad Hazwan Bakri untuk kem latihan pusat sempena kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang bermula awal bulan depan.
Apapun, ia harus menjadi cabaran untuk disahut generasi akan datang kerana saya ingin melihat bola sepak Malaysia mencipta fenomena seperti ketika kejayaan Sukan SEA 2009 dan 2011 -- kalau itu yang berlaku, ia bukan lagi sekadar nasib.