Skip to main content

Rencana

Biasalah, United kan Kelab Paling Popular Di Dunia

m-u.jpeg
Bukan mudah bagi pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer membimbing pasukan dengan nama besar kerana ada sahaja pihak yang mencari ruang dan peluang untuk menunding jari dan mencari kesalahan.

JIka tewas atau menang, ada sahaja kritikan dan ada sahaja yang tidak kena.

Kekalahan kepada Arsenal 0-1 di Old Trafford sebelum ini menyaksikan pengkritik tak henti-henti menghentam dan memaki OGS dan barisan pemainnya, yang secara tidak langsung melupakan rekod cemerlang bangkit menumbangkan Newcastle United dan seri berdepan Chelsea di saingan Liga Perdana Inggeris, selain mengutip mata penuh dalam saingan Liga Juara Juara Eropah menewaskan Paris Saint Germain dan RB Leipzig.

Secara peribadi Dayang merasakan peminat-peminat harus menerima hakikat bahawa United masih lagi dalam proses mempersiapkan pasukan, bukannya pasukan yang sudah siap seperti Liverpool dan Manchester United. The Red Devils sedang melalui fasa penambahbaikan sejak pemergian Sir Alex Ferguson, dan United sendiri sudah beberapa kali menukar jurulatih namun belum menemui ramuan tepat untuk kekal konsisten dengan persembahan baik.

Ada masa, aksi anak-anak buah United cukup garang dengan serangan bertali arus, namun ada masanya kesemua pemain gagal memberikan persembahan baik di atas padang. Itulah namanya bola sepak.





Ada juga antara peminat sendiri yang sibuk hendak mengajar OGS pemain mana harus diturunkan, pemain mana harus diletakkan di bangku simpanan, eh korang ni dah kenapa?

Kejayaan tidak datang dengan mudah, Jurgen Klopp sendiri memakan masa selama lima tahun untuk meletakkan The Reds ditempat sekarang, Pep Guardiola juga memerlukan beberapa tahun sebelum membawa City menjadi pencabar utama di liga, malah Zinedine Zidane juga sedang memerlukan masa dan ruang untuk membina semula Real Madrid selepas kembali membimbing Los Blancos untuk kali kedua.

Bagi United sendiri, biarpun mempunyai skuad depth yang amat baik, namun keserasian di atas padang antara sesama pemain memerlukan sedikit masa. Paul Pogba, Bruno Fernades, Marcus Rashford dan David De Gea kini adalah antara pemain terbaik dunia di posisi yang mereka bermain, tetapi kenapa bila beraksi bersama, kualiti yang dipamer seperti tidak setara dengan reputasi mereka?

Mengkritik membabi buta memang mudah, namun realitinya,skuad semasa Manchester United bukanlah terlalu teruk prestasi mereka, janganlah kerana kekalahan kepada Arsenal di Old Trafford, kita terus mahu menghukum segala hasil kerja OGS yang mungkin sedang merangka pelan jangka panjang di kem United.

Advertisement

Must Watch Video