Skip to main content

Rencana

Biar berjasa jangan terasa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

240815kedah-2-jpg.jpg
Keadaan ini sudah tentunya memberikan impak besar terhadap pasukan bolasepak Kedah kerana secara tidak langsung akan menyaksikan pertukaran pucuk pimpinan pasukan.Tempat Mukhriz Mahathir bakal digantikan dengan Menteri Besar Kedah yang baru iaitu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Jika dinilai dengan pencapaian yang dikecapi Kedah pada tahun lepas, sudah tentunya ia suatu pencapaian membanggakan apabila mereka berjaya dinobatkan juara Liga Perdana dan Naib Juara Piala Malaysia 2015.

Sudah tentu pada tahun ini akan memberikan cabaran lebih besar terutamanya pasukan yang bersaing di Liga Super apabila beberapa pasukan memperolehi durian runtuh menerima penajaan yang bernilai jutaan ringgit.

Sumber kewangan yang kukuh melunaskan impian bagi menghasilkan sebuah pasukan yang mantap dengan disamping pembelian beberapa pemain berkaliber dalam mengharungi saingan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Sebelum ini, heboh diperkatakan pasukan Kedah bakal memperoleh dana dari syarikat kosmetik terkenal yang berminat untuk menaja mereka apabila gambar Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan pengasas Syarikat D’Herbs Datuk Aliff Syukri tersebar di media sosial.

Advertisement

Intipati pertemuan itu sudah tentunya mengenai tajaan dan hala tuju pasukan Kedah.

Segala perancangan yang dirancangkan mungkin sedikit terbantut apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak lagi memegang jawatan sebagai Presiden.

Sudah pastinya perletakkan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dirasai oleh penyokong-penyokong Kedah apabila beliau dilihat berjaya memimpin pasukan Kedah sehingga mara ke Liga Super pada tahun ini.

Apa yang diharapkan oleh penyokong Kedah supaya legasi yang ditinggalkan ini mampu diteruskan oleh kepimpinan baru.

Must Watch Video