Sejujur-jujurnya, naluri saya kuat berasakan bahawa ramai atau hampir semua yang terlibat dalam Program Astro Kem Bola belum boleh 'move on' dari Barcelona.
Rata-rata ramai lagi masih aktif memuat turunkan gambar di Stadium Camp Nou pada malam perlawanan di antara FC Barcelona dan Espanyol.
Ramai juga yang masih rajin memuat turunkan gambar di Sagrada Familia, ataupun gambar menaiki metro.
Kenapa agaknya berhantu sangat Barcelona ni? Selalunya bila kita lama tinggal di sesebuah tempat, saban hari semakin bosan. Bukankah begitu? Adakalanya empat hari bertapa di tempat yang sama sudah membuat saya naik rimas...bosan! Inikan pula dua minggu!
Namun hampir dua minggu di Barcelona, saya masih rasa seperti tidak mencukupi. Kalau ikutkan hati, hendak duduk lagi dua minggu. Dua bulan pun okey kot?
Tapi secara ringkasnya, apa sebenarnya yang membuat kami begitu merindui Barcelona? Adakah bandarnya yang indah dan romantis? Mungkinkah cuacanya yang sejuk tapi kekal setia disinari mentari? Atau mungkin juga tempat penginapan kami yang terlampau berdekatan dengan Stadium Camp Nou, sampai tahap Messi dan Neymar pergi berlatih pun boleh kelihatan?
Jawapannya ya, ya dan ya!
Tiada apa yang boleh dibandingkan dengan suasana yang kerap kali memenuhi ruangan tamu asrama kami. Ada sahaja bunyi gelak ketawa di kalangan para peserta. Ada yang membuat lawak, ada juga yang sibuk menonton aksi bola sepak di komputer yang disediakan, lantang bersorak beramai-ramai.
'Gol!!!!'
Jerit kanak-kanak riang dari Malaysia, Singapura dan Filipina yang menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris secara online.
Aktiviti santai begini yang membuatkan kami akrab seperti sebuah keluarga bola sepak yang bahagia. Siapa sangka, bila sekumpulan orang yang latar belakangnya berbeza, yang budayanya tidak sama - boleh tinggal di bawah bumbung sama tanpa sebarang masalah?
Mungkin inilah kuasa yang ada pada sukan bola sepak.
Sah-sah di hadapan mata saya sendiri, kata-kata orang jelas terbukti.... Memang benar, bola sepak mampu menyatu padukan masyarakat tanpa mengambil kira warna kulit atau bahasa ibunda.
Dan rasanya nukilan pendek ini tidak cukup untuk menggambarkan betapa meriahnya dua minggu kami di Barcelona.... Tapi mungkin dengan menonton sendiri Astro Kem Bola pada Sabtu jam 11 pagi, anda akan faham sedikit sebanyak yang saya maksudkan.
Selamat menonton!