Pergi sekali, balik asing. Mungkin, ia agak menyakitkan tetapi inilah bola sepak di mana segala kemungkinan boleh berlaku. Orang kata, "dalam bola sepak apa-apa boleh jadi".
Ada ketika, anda sudah melakukan terbaik namun nasib pula tidak menyebelahi anda dan itu berlaku kepada Khairil Anuar Zamri yang mesra disapa Beto apabila namanya tidak tersenarai dalam skuad bawah 23 tahun negara yang akan mengharungi kempen Kejohanan AFC Bawah 23 di China, Januari ini.
Beto ketika ditemui penulis sejurus tiba di tanahair dari Korea Selatan pada Sabtu jelas tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya.
Manakan tidak, ia peluang terakhir buat pemain tengah Perak itu menyarung jersi skuad muda negara, tetapi tidak kesampaian dan ini juga merupakan kali kedua dia tersisih untuk membarisi pasukan itu selepas kempunan menyertai skuad Sukan Sea, Ogos lalu.
Sungguh mencabar karier anak muda ini ketika dia berjaya menempatkan diri bersama skuad senior bimbingan Nelo Vingada untuk tugasan kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara di Buriram Thailand, November lalu.
Ketika ditanya adakah dia berdepan persaingan terlalu sengit di bahagian tengah, Beto tidak setuju dengan perkara itu kerana baginya semua pemain mempunyai kelebihan masing-masing jika mempunyai peluang untuk buktikan.
Namun, Beto enggan menyalahkan sesiapa termasuk jurulatih Datuk Ong Kim Swee, sebaliknya menganggap ia bukan rezeki untuknya membantu skuad muda negara.
"Saya tak tahu mana salah saya atau memang saya tak bagus, mungkin tiada rezeki dan saya belum cukup bagus untuk mewakili negara," katanya dengan nada kecewa sambil akui cukup terkesan dengan pengguguran itu.
Sikap Beto ini sebenarnya mencuri perhatian penulis kerana rupanya ada juga pemain kita yang mempunyai keazaman tinggi untuk mewakili negara, ibarat satu kegagalan dalam diri mereka jika tidak dapat berbuat demikian dan itu jelas terpancar daripada riak wajah Beto.
Selain Khairil, dua lagi pemain termasuk pemain PJ Rangers, Raphi Azizan Mariappen dan K Thivandaran turut digugurkan daripada senarai 23 pemain yang diumumkan Kim Swee.

Keputusan Kim Swee itu dibuat selepas tiga aksi persahabatan di Korea Selatan yang menyaksikan satu kemenangan dan dua seri.
Menerusi kenyataan di laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia, Kim Swee menjelaskan tiga pemain yang digugurkan itu dilihat masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan lama.
Advertisement
Buat Beto, anggaplah ia bukan rezeki anda dan jangan putus asa, jadikan tahun 2018 sebagai medan kebangkitan untuk diri anda. Bangkitlah Beto!