Ketika Manchester City sedang giat berusaha untuk mendapatkan bintang Arsenal, Alexis Sanchez, pada musim panas lalu, ia seakan-akan menjelaskan bahawa masa depan Raheem Sterling kian terkubur dalam skuad kendalian Pep Guardiola.
Dengan jentera serangan yang melibatkan pemain-pemain seperti Segio Aguero, Kevin De Bruyne, Gabriel Jesus, Leroy Sane dan David Silva, tidak terlupa bintang baru dari Monaco, Bernardo Silva, Sterling dilihat sebagai pemain pilihan untuk dilepaskan jika perpindahan Sanchez berjaya dimeterai.
Bagaimanapun, kegagalan The Citizens mendapatkan khdimat Sanchez telah memberikan satu nafas baru buat Sterling, yang semakin hampir mendapatkan rentak terbaiknya pada musim ini.
Dia membuktikan diri menjadi salah seorang pemain berpengaruh untuk memacu pasukan mengungguli takhta Liga Perdana Inggeris (EPL), sekaligus menyukarkan Guardiola untuk membuat pilihan bagi membariskan kesebelasan utama dalam perlawanan-perlawanan yang mendatang.

Walaupun tidak beraksi berdepan Burnley, pemain berusia 22 tahun mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) ketika meraih kemenangan 2-1 ke atas Napoli, menjaringkan gol pembukaan seawal minit keempat dan memberikan kesukaran kepada barisan pertahanan Napoli dengan gerakannya serta keberkesanannya ketika mengawal bola.

Berdasarkan persembahannya yang cemerlang pada permulaan musim, tidak mustahil buat pemain kebangsaan England ini mampu mencecah 20 gol jika dia mampu mengekalkan rentak permainannya, sekaligus membantu The Three Lions dalam saingan Piala Dunia Russia 2018.

Persembahan cemerlangnya terletak kepada kepercayaan yang diberikan oleh Guardiola apabila bekas pengendali Barcelona itu memberikan kebebasan kepada Sterling di atas padang.raheem sterling vs Napoli
— KDB (@debrxyne17) October 18, 2017
what a player he is turning out to be ?? pic.twitter.com/q2arit6YY2