Saya bertemu jaguh trek negara, Azizulhasni Awang, ketika dia pulang ke tanah air, minggu lalu dengan suasana tenang.
Dia tidak menetapkan sasaran tinggi dalam empat kejohanan disertai dalam tempoh seminggu.
"Saya datang dengan misi untuk menguji beberapa aspek teknikal seperti penggunaan gear dan strategi perlumbaan".
"Jadi, saya tidak letak sasaran buru pingat," katanya.
Tetapi ini Azizul - atlit yang sinonim dengan gelaran juara.
Dia membuktikannya dengan raih 1 emas Piala Asia dan 3 emas Kejohanan Kebangsaan, semuanya di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan.
Sehari kemudian dia berangkat ke Beijing menyertai Kejohanan Trek Antarabangsa China bersama pelumba muda seperti Anis Amira Rosidi dan Muhammad Fadhil Zonis.
The Pocketrocketman membalas dengan dua emas, masing-masing dalam acara keirin dan pecut individu untuk melengkapkan enam emas dalam tempoh seminggu!
"Saya gembira dapat melalui jadual padat ini dengan beberapa emas. Selepas ini saya akan pulang ke Melbourne, Australia".
"Tiga bulan berlatih dan menyertai kejohanan di Eropah, pulang ke Malaysia kemudian ke China. Selepas ini, masa untuk keluarga seketika sebelum fokus kepada latihan," katanya.
Saya kagum dengan pelumba berusia 31 tahun ini. Dia menggunakan peluang sebaik mungkin, mengutamakan mana yang penting dan menggunakan keluarga untuk terapi - umpama proses periodisasi.
Moga dia melalui proses yang baik dalam usaha buru mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Akhirnya selepas persaraan jaguh badminton, Azizul antara harapan terbaik Malaysia buru pingat emas sulung temasya.
Minggu ini, saya bertemu Azizul beberapa jam sebelum dia pulang ke Melbourne.
Buat masa ini keadaan nampak baik, enam emas dalam seminggu, ranking kedua dunia (keirin) dan kembali ke pangkuan keluarga.