Di saat puluhan juta peminat pasukan Arsenal sudah naik angin dengan prestasi semasa Arsenal setakat ini, pengurus Manchester City, Pep Guardiola tanpa segan silu menegaskan Mikel Arteta masih merupakan individu paling tepat untuk menjadi pengurus The Gunners buat masa ini.
Seperti sudah diduga, kenyataan itu hadir memandangkan Arteta merupakan bekas pembantu Pep sebelum mengambil keputusan mengisi kekosongan jawatan jurulatih untuk Arsenal. Pep menegaskan Arteta mempunyai kualiti dan kapisiti yang baik untuk membawa kembali zaman kegemilangan Arsenal.
Cuma mungkin masa dan keadaan sekarang, waktu seakan semakin suntuk buat Arteta membuktikan keberkesanan DNAnya.

Ini kerana Arsenal kini sedang mengalami kejatuhan prestasi yang agak teruk. Pencapaian terbaik mereka dibawah bimbingan Arteta adalah menjuarai Piala FA musim lalu, akan tetapi musim ini mereka menghuni tangga ke 15.
Perbezaan 5 mata dengan pasukan di zon penyingkiran turut merisaukan peminat Arsenal yang begitu dahagakan kemenangan.
Turut terkesan sudah tentu beberapa pemain utama seperti Pierre Emerick Aubameyang yang dilihat sedang bergelut untuk mendapat semula prestasi terbaiknya. Hanya dua gol diledakkan Aubameyang bersama Gunners musim ini di Liga Perdana Inggeris manakala Arsenal hanya menjaringkan 10 gol secara keseluruhan, catatan terendah sejak 39 tahun.
Kalau Arteta dipecat, siapa pilihan terbaik untuk mengemudi Arsenal? Sebab kalau nak lantik jurulatih berprofil tinggi, pihak pengurusan Arsenal ni kedekut sikit. Brandon Rogers? Massimiliano Allegri? Bukan murah tau gaji diorang. Alaaa, Ozil yang tak main pun dapat gaji mahal, laburlah sikit untuk lantik jurulatih berprofil tinggi, menang piala nanti pendapatan pun bertambah.