Skip to main content

Rencana

Arsenal selamat

arteta.jpg
Kegagalan anak-anak buah Chris Wilder untuk mencipta kemenangan ke atas Arsenal di laman mereka sendiri untuk merebut tempat ke separuh akhir Piala FA musim 2019-2020 telah menemui jalan kegagalan apabila Sheffield United tewas 1-2 kepada Arsenal. Walaupun mempunyai beberapa peluang yang dimiliki, anak-anak buah Chris Wilder gagal manafaatkannya. Dengan mengunakan formasi 3-5-2 di mana Wilder menumpukan kekuatan dibahagian tengah untuk mengimbangi kekuatan Arsenal.

Bermula dengan garang pada awal separuh masa pertama, Shiffield United berjaya memberi tekanan kepada pemain-pemain pertahanan Arsenal. Pada minit kelapan, Shiffeld United berjaya mengejutkan Arsenal dengan jaringan daripada John Lundstram, namun jaringan itu tidak dikira kerana Lumdstram berada di kedudukan ofsaid ketika sentuhan akhir dilakukan beliau semasa pergelutan berlaku dalam kawasan penalti selepas sepakan sudut. Selepas itu perlawanan menjadi terbuka dengan kedua-dua pasukan meningkatkan serangan melalui pemain-pemain tengah kedua-dua pasukan untuk merencanakan gerakan. Arsenal menggandingkan Joe Willock dan Granit Xhaka untuk melancarkan gerak atur serangan dengan strategi hantaran-hataran pendek tepat di kaki pemain-pemain hadapan, terutama kepada ketua pasukan, Alexendre Lacazzette. Akhirnya, pada pertengahan separuh masa pertama, Arsenal berjaya mendapatkan jaringan pertama melalui sepakan penalti Nicolas Pepe setelah Lacazzette diterjeh dengan keras oleh Chris Basham di dalam kawasan penalti. Permainan semakin rancak dan seimbang dimainkan oleh kedua-dua pasukan sepanjang separuh masa pertama dan keputusan kekal 0-1 Arsenal mendahuli.

Bersambung separuh masa kedua Sheffield tidak menoleh kebelakang sebaliknya masih mengekalkan rentak permainan dengan Oliver Norwood banyak memainkan peranan dibahagian midfield dengan merencanakan pelbagai corak serangan terutama mengunakan sayap kiri, Enda Steven, dan sayap kanan, George Baldock. Sekali lagi jarinngan Sheffield tidak dikira setelah Jack Robinson berada dalam kedudukan ofsaid pada minit ke-58. Bagi Arsenal pula, Mikel Arteta telah membuat beberapa pertukaran dalam separuh masa kedua untuk mengimbangi corakan permainan Sheffield, namun begitu Sheffield berjaya juga menyamakan kedududukan 1-1 pada minit ke 87 melalui David McGoldrick setelah kesilapan dilakukan pemain pertahanan Arsenal di dalam kawasan penalti.

Melalui corak permainan dipamerkan kedua-dua pasukan, semua peminat menjangkakan perlawanan akan berlanjutan ke masa tambahan, namun ia tidak berlaku kerana Arsenal berjaya mendapatkan gol kemenangan pada masa tambahan oleh Dani Ceballos, yang bijak mengunakan peluang dimilikinya untuk merembat ke arah gol setelah berjaya memperdayakan pertahanan Sheffield dari sudut sukar. Inilah kemenangan bermakna untuk Mikel Arteta dan menyelamatkan maruah Arsenal dalam merebut kejuara Piala FA edisi 2019-20.

Advertisement

Must Watch Video