Kerut di dahi Jurgen Klopp cukup untuk membayangkan kegusarannya menjelang Tahun Baru yang tidak pun menjanjikan apa-apa melainkan laluan berliku yang menanti pasukannya.
Liverpool mungkin meratapi kehilangan dua mata ketika terikat 1-1 dengan West Brom di Anfield awal pagi semalam tapi kecederaan terbaru Joel Matip sebenarnya lebih membimbangkan.
Pertahanan berusia 29 tahun itu terhincut-hincut ke bilik persalinan selepas hanya 20 minit dek kecederaan pangkal paha.
Liverpool, yang sudah pun ketiadaan dua bek tengah pilihan utama, Virgil van Dijk dan Joe Gomez, kerana kecederaan lutut, kini bakal mengharungi satu tempoh yang sibuk dengan bersandarkan kepada bakat-bakat muda, Rhys Williams, Nathanial Phillips dan Sepp van den Berg di hadapan penjaga gol, Alisson.
Fabinho masih boleh diharapkan tapi kecederaan Matip tiba pada waktu paling tidak bertepatan sambil The Reds akan membuat perjalanan ke tiga gelanggang lawan dalam 10 hari berdepan Newcastle, Southampton dan Aston Villa. Ini akan disusuli kunjungan Manchester United pada 17 Januari.
Dan, masalah Liverpool mungkin berganda.
Legenda kelab, Jamie Carragher, beranggapan Liverpool sebenarnya tiada pilihan lain kecuali membeli pertahanan setanding tapi pasaran perpindahan Januari ini pastinya tidak akan bermurah hati dengan mengetahui betapa terdesaknya mereka.
Liverpool akan berdepan risiko “diperas ugut” oleh kelab-kelab yang akan menuntut bayaran tertinggi bagi mana-mana pertahanan mereka yang diinginkan Klopp.
Selepas sekian lama bertangguh-tangguh dalam terus memperkuatkan pasukan, juara bertahan itu harus kini menyedari apa sebenarnya yang mereka mahu.
Apatah lagi, pertemuan dengan West Brom – yang baru 11 hari dikendalikan oleh Sam Allardyce – telah menelanjangi kelemahan Liverpool yang ketandusan idea untuk membina kelebihan daripada jaringan Sadio Mane seawal minit ke-12.
Lebih daripada itu, mereka mendapati West Brom – kini di tangga ke-19 -- bukan lawan yang mudah, sebaliknya mengembalikan apa saja yang dilontarkan Liverpool terhadap mereka, dengan benteng pertahanan mereka amat berdisiplin dan mampat.
Selepas gol Mane itu, Liverpool tidak lagi berkesempatan melakukan percubaan tepat yang kedua sehinggalah minit terakhir.

Malah, West Brom jelas lebih berbahaya dengan lebih kerap menguji Alisson berbanding barisan serangan tuan rumah menguji penjaga gol, Sam Johnstone.
“Pemain-pemain saya melakukan tugas menakjubkan,” kata Allardyce di penghujung perlawanan, dengan rakan sejawatannya, Klopp, hanya mampu mengeluh: “Ia silap kami sendiri. Kesudahannya semua orang tahu kami harus melakukan yang lebih baik.”
Keputusan seri itu bermakna Liverpool terlepas peluang untuk berjarak lima mata di tangga teratas – sesuatu yang mungkin disesali mereka pada penamat musim nanti yang dijangka sengit dengan perbezaan mata yang sangat tipis.

Liverpool juga setakat ini sudah gagal memenangi enam (seri 5 dan tewas 1) daripada 15 perlawanan mereka musim ini – sama banyaknya dengan keseluruhan musim lalu apabila mereka ditabalkan juara dengan seri 3 dan tewas 3.
Ia juga hanyalah kali kedua Liverpool gagal menang daripada 34 perlawanan liga di Anfield sejak seri 1-1 dengan Burnley pada Julai lalu.
“Ia satu kebimbangan besar,” kata Carragher seprti dipetik SkySport, “Tapi ia bukanlah kebimbangan baru.
“Kerana itu juga, teramat penting untuk Liverpool membeli seorang pemain pertahanan yang bagus Januari ini.
“Liverpool memerlukan seseorang di bek tengah jika mereka tidak mahu bergantung kepada dua bakat muda (Rhys Williams dan Nat Phillips) beraksi di situ untuk lima atau enam minggu.
“Mereka perlu melakukan sesuatu pada Januari. Noktah,” katanya lagi.