Skip to main content

Rencana

Antara piala dan hati

naomi-usa-open-2019-(1).jpg
Bianca Andreesqu menang, tapi Naomi Osaka juara di hati peminat.

Berita sensasi dalam sukan tenis setelah pemain 19 tahun Bianca muncul pemain Kanada pertama julang kejuaraan grand slam setelah menundukkan idolanya Serena Williams dalam final Terbuka Amerika Syarikat.

Langkah kanan ke atas Serena Williams juara grand slam 23 kali termasuklah enam  kali di Flushing Meadows untuk pemain kurang ternama yang kalah di pusingan kelayakan di edisi lalu, mengejutkan peminat dan wartawan sukan. 

Tetapi seluruh dunia akan mengingati Terbuka Amerika Syarikat 2019 kerana Naomi Osaka. 

Sifat belas kasihan, semangat kesukanan, hormat menghormati dan hati seorang manusia yang tulen dipamerkan pemain nombor 1 dunia, Naomi dan kali ini kepada pemain remaja 15 tahun Coco Gauff da;a,pusingan ketiga kejohanan. 

Pemain Jepun Naomi buktikan selain mencari kejuaraan, sifat kemanusiaan harus menjadi keutamaan dalam dunia sukan yang cukup kompetitif.

24,000 penonton di Stadium Arthur Ashe dan peminat tenis seluruh dunia menyaksikan sendiri keajaiban yang berlaku melalui sukan.

Semuanya bermula apabila Naomi menewaskan Coco bekas pemain remaja nombor 1 dunia itu dan antara pemain termuda yang mara ke pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat 6-3, 6-0. 

Tamatnya aksi Coco menangis kerana ‘dihentam’, itu buat Naomi terharu dan ingin pastikan pemain tuan rumah itu tidak meninggalkan gelanggang dengan perasaan kecewa dan malu.

Naomi meluru ke arah Coco untuk menenangkannya dan menjemput dia bersama untuk temu ramah di gelanggang yang selalunya dikhaskan untuk pemenang.

"Daripada menangis di bilik persalinan, lebih baik anda meluahkan perasaan kepada para peminat yang berada di sini untuk anda", juara tahun lalu Naomi memujuk Coco setelah pemain muda itu menolak tawaran pada mulanya.

Sambil melinangkan air mata, Coco mengucapkan ribuan terima kasih kepada Naomi kerana memberi kata-kata semangat dan banyak pengajaran untuknya dalam kekalahan itu.

Seluruh stadium dan pasti peminat seluruh dunia yang menyaksikan saat itu tersentuh dan melinangkan air mata.

Naomi sendiri terkedu sebentar di pertengahan ucapannya, "Saya saksikan sendiri Coco pada usia sembilan tahun berlatih bersungguh-sungguh dan kadang-kala berseorangan di tempat latihan kami di Delray Beach, Florida. Untuk kami berdua sampai ke tahap ini, ia sesuatu yang cukup istimewa".

Penemuramah juga bekas kapten pasukan Piala Fed Amerika Syarikat, Mary Joe Fernandez, menggambarkan saat istimewa antara Naomi dan Coco merupakan saat paling indah dalam sukan di mana ia bukan sahaja tentang tenis tetapi sifat kemanusian yang luar biasa.

Naomi terkandas di pusingan keempat, tapi Naomi rampas hati kami. 
 

Advertisement

Must Watch Video