"Tahniah Liverpool, anda adalah juara. Kami dalam bulan September, jadi apa yang perlu dilakukan, kami akan pulih, berlatih dan bangkit."
Itu ungkapan tahniah oleh pengendali Manchester City, Pep Guardiola, kepada Liverpool selepas pasukan bimbingannya itu tewas buat kali pertama musim ini dan lebih pedih, pasukannya tunduk di tangan pendatang baru Liga Perdana Inggeris, Norwich City.
Ahad lalu, skuad Citizens tewas 2-3 di Carrow Road walaupun skuad lawan kendalian Daniel Farke itu berdepan masalah kecederaan sehingga terpaksa meletakkan dua orang penjaga gol di barisan simpanan kerana sedar cabaran yang bakal dihadapi ketika melayani kunjungan juara bertahan itu.
Namun, Guardiola tidak mudah melatah, sebaliknya mempertahankan anak buahnya.
Pengendali dari Sepanyol itu menegaskan bahawa dia langsung tidak meragui kemampuan anak buahnya untuk bangkit selepas ini dan berikrar akan sentiasa mencuba untuk memastikan moral pasukannya berada di tahap tertinggi untuk kembali ke landasan kemenangan.

Dia juga mempertahankan kombinasi Nicolas Otamendi dan John Stones selaku bek tengah walaupun jentera depan Norwich yang diketuai Teemu Pukki dilihat mudah menembusi gandingan yang menjadi nadi utama The Citizens ketika musim sulung Guardiola di England yang berakhir tanpa sebarang trofi.
Jadi, selepas meraih gelaran liga selama dua tahun berturut-turut, kini kemampuan sebenar Guardiola dan anak buahnya bakal diuji dengan cabaran sebenar.
Tanpa tonggak pertahanan, Aymeric Laporte, yang sedang mengalami kecederaan lutut, bahagian bawah The Citizens berdepan tugas getir, di tambah pula dengan musim sulung tanpa mantan kapten, Vincent Kompany.
Buat Guardiola, semestinya dia mahu memastikan sejarah tercipta dengan gelaran Liga Perdana Inggeris buat kali ketiga berturut-turut atau jika dia gagal, panggilan 'Fraudiola' mungkin kembali menjadi sebutan di England.