Empat wakil England beraksi di Liga Juara Juara Eropah untuk musim ini iaitu Manchester City, Liverpool, Chelsea dan Manchester United.
Tiga pasukan cemerlang berjaya mara ke pusingan kalah mati, namun kelab paling besar di England dan paling diminati di seluruh dunia, Manchester United terpaksa akur tersingkir dan hanya layak beraksi di Liga Europa.
The CItizens yang sekumpulan dengan Porto, Olympiakos dan Marseille muncul juara kumpulan selepas mengutip 16 mata dari 6 perlawanan. Disebalik prestasi terumbang ambing di Liga Perdana Inggeris, Manchester City cemerlang tidak tewas satu perlawanan pun di peringkat Eropah. Pada perlawanan terakhir menentang Marseille, Pep Guardiola tidak menurunkan beberapa pemain utama dalam kesebelasan utama seperti Kevin De Bruyne, Raheem Sterling dan Ederson. Penggiliran pemain perlu dilakukan memandangkan The Citizen akan berdepan Manchester United hujung minggu ini di Old Trafford.
Skuad bimbingan Jurgen Klopp turut muncul juara Kumpulan D, selepas mengutip 13 mata. Perkara itu memang sudah dijangka memandangkan tiga lagi pasukan tidaklah mmepunyai reputasi yang besar seperti Atalanta, Ajax dan Midtjylland. 8 pertukaran dilakukan Klopp dalam perlawanan terakhir menentang Midtjylland dan biarpun keputusan perlawanan kedua-dua pasukan seri satu sama, Mphamed Salah yang meledakkkan satu-satunya gol Liverpool dalam perlawanan ini muncul penjaring terbanyak Liverpool di UCL sepanjang zaman dengan 22 gol, meninggalkan lagenda Liverpool, Steven Gerrard di tangga kedua dengan 21 gol.
Frank Lampard turut cemerlang berjaya membawa Chelsea mara ke pusingan kalah mati. Kemasukan lima hingga enam pemain baru musim ini ternyata memberikan nafas baru buat The Blues selepas dihukum FIFA musim lalu dari membeli sebarang pemain, namun sejurus sahaja hukuman berakhir, Lampard berjaya mendapatkan persetujuan pihak pengurusan untuk berbelanja besar dari posisi penjaga gol hingga ke penyerang. Buktinya mereka muncul juara kumpulan E tanpa sebarang kekalahan. Kecemerlangan Lampard setakat ini turut menyebabkan namanya disebut-sebut untuk dipancing kelab besar malah turut digosipkan bakal membimbing pasukan England.
Namun perjalanan berbeza buat pasukan Manchester United. 'King of Comeback' dah "comeback" ke Liga Europa. Kekalahan 3-2 kepada RB Leipzig menyaksikan anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer tersingkir dari UCL selepas PSG dan RB Leipzig mengisi kedudukan satu dua untuk kumpulan H. United dibolosi 3-0 dan ketika harapan untuk 'comeback' dilihat cerah apabila merapatkan jurang menjadi 3-2, United terpaksa akur gagal mencetak satu lagi gol. Hujung minggu ini, mereka akan menerima kunjungan jiran setempat untuk Manchester Derby, dan andai tewas, ada kemungkinan kedudukan OGS boleh dipersoalkan sekali lagi.