SERIE A
Zlatan tidak boleh dijinakkan, kata Ibrahimovic
Zlatan Ibrahimovic berkata bahawa dia tidak boleh dijinakkan sambil bintang veteran AC Milan itu berkata usianya lebih hebat berbanding Benjamin Button.
Ibrahimovic tidak menunjukkan sebarang petanda bahawa dia akan berehat musim ini walaupun usianya sudah mencecah angka 39.
Bekas penyerang Manchester United, Barcelona dan Paris Saint-Germain (PSG) itu telah menjaringkan 10 gol dalam enam penampilan Serie A musim 2020-21 -- rekod tertinggi yang sama dikongsikan dengan bintang Juventus, Cristiano Ronaldo, dan penggempur Inter Milan, Romelu Lukaku.
Iklan
Keberadaan Ibrahimovic telah membantu Milan mengekalkan rekod tanpa kalah dan kedudukan teratas Serie A dalam usaha mereka memenangi Scudetto pertama sejak musim 2010-2011 -- ketika tempoh pertama bekas pemain kebangsaan Sweden itu bersama kelab berkenaan.
Ditanya siapa lebih sukar dijinakkan sama ada Zlatan atau seekor singa, Ibrahimovic berkata kepada UEFA.com: "Zlatan, 100 peratus.
"Anda boleh menjinakkan singa tetapi anda tidak boleh menjinakkan Zlatan. Ia haiwan yang berbeza."
Ditanya usia siapa lebih hebat di antara Zlatan dan Button -- watak fiksyen yang umurnya terbalik ke belakang -- dia menambah: "Saya melakukannya dengan lebih baik. Kerana saya bukti nyata mengenainya. Benjamin Button hanya cerita rekaan.
"Saya profil yang sempurna buat filem itu. Saya membuat filem yang sebenar dan Benjamin Button hanyalah filem untuk wayang.
"Saya sudah 39 tahun dan dengan apa yang telah saya lakukan, saya tiada obligasi untuk bekerja lagi tetapi saya masih mempunyai nafsu untuk meneruskan apa yang saya lakukan. Saya tidak pernah puas dan sentiasa memahukan sesuatu yang lebih.Me and my best friends pic.twitter.com/ukgC52DVWN— Zlatan Ibrahimović (@Ibra_official) December 14, 2020
"Saya tidak dapat lihat ramai pemain pada usia saya yang pernah atau boleh beraksi seperti yang saya lakukan.
"Apabila pemain mencecah usia 30 tahun, (ia bermakna) mereka mula merosot dan mereka berhenti. saya pula menjadi lebih bagus apabila mencecah 30 tahun," katanya.
Must-Watch Video



