LALIGA
Zidane puji prestasi luar biasa Isco
DEPORTIVO LA CORUNA 2 REAL MADRID 6
Zinedine Zidane memuji prestasi cemerlang Isco selepas Real Madrid menewaskan Deportivo La Coruna untuk kekal menyamai pesaing, Barcelona, dalam perlumbaan merebut mahkota LaLiga.
Madrid bertindak balas selepas kekalahan dramatik kepada Barca dalam El Clasico dengan membenam Deportivo 6-2 di Riazor, awal hari ini.
Iklan
James Rodriguez menjaringkan gol pada setiap babak tetapi Isco menjadi penggerak utama apabila dia menunjukkan prestasi hebat dengan jaringan pada minit ke-77.
Zidane memuji pemain antarabangsa Sepanyol berusia 25 tahun itu selepas perlawanan apabila dia menampung ketiadaan Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale dalam aksi di tempat lawan.
"Tidak selalunya anda mendapat tepukan gemuruh daripada penyokong lawan tetapi prestasinya sangat menarik," kata Zidane.
"Dia melakukan perkara yang tidak semua orang mampu buat dan orang ramai mengucapkan tahniah kepadanya. Saya gembira untuk dia selepas aksi yang dipamerkan. Dia selalu mempersembahkan prestasi terbaik apabila dipanggil."
"Pemain akan terus membuatkan saya sukar untuk membuat keputusan sehingga akhir musim ini tetapi kami mempunyai satu lagi perlawanan pada Sabtu.
"Kami akan melihat bagaimana persediaan kami untuk itu," katanya lagi. "Kami semua bersemangat untuk pergi dan itulah perkara yang paling penting. "
Juara bertahan, Barca, mengaibkan Osasuna 7-1, awal hari ini, untuk membuatkan kedua-dua gergasi itu terikat 78 mata di dua tangga teratas lig, walaupun Real mempunyai satu perlawanan di dalam tangan.
"Kami mencipta banyak peluang pada separuh masa pertama dan kami gagal untuk menjaringkannya semua. Ramai pemain yang beraksi di sini bukan kesebelasan utama kami dan apa yang mereka lakukan, daripada segi tempo dan disiplin, adalah menakjubkan, " kata Zidane.
"Saya datang ke sini, berpuas hati dengan prestasi dan jaringan semua pemain. Pemain yang tidak mendapat banyak masa bermain juga fokus dan mengenai kecergasan, anda tidak dapat melihat apa-apa perbezaan, atau sebaliknya.
"Mereka berada dalam keadaan baik dan mereka telah membuktikannya. Mereka minat untuk bermain, saya memiliki satu kumpulan hebat dan mereka semua bersedia untuk berdepan dengan cabaran di depan dan kami ada beberapa final piala sebenar di hadapan bermula dari sekarang. "
Must-Watch Video