Skip to main content

Bola Sepak

Zidane kritik keamatan pemainnya punca dibelasah PSG

zidane.jpg
PSG 3 REAL MADRID 0

Zinedine Zidane mengkritik Real Madrid berikutan kurang menunjukkan keamatan dalam kekalahan 0-3 kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam perlawanan Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi. 


Madrid rebah di Parc des Princes di mana gol berganda daripada Angel Di Maria serta jaringan lewat oleh Thomas Meunier menyaksikan kemenangan memihak juara Ligue 1 itu dalam aksi pembukaan Kumpulan A berkenaan.

Perlawanan itu menyaksikan jaringan Gareth Bale dan Karim Benzema dibatalkan tatkala mereka tumbang kepada tuan rumah yang turun tanpa kelibat Neymar, Kylian Mbappe dan Edinson Cavani.

Zidane, yang menyaksikan pasukan bimbingannya gagal mencatat sebarang percubaan tepat, nyata tidak berpuas hati dengan kurangnya keamatan Madrid dalam aksi pertengahan minggu di Paris itu. 

"Mereka telah mengatasi kami dalam segala hal. Apa yang meresahkan saya secara khususnya adalah mengenai keamatan," kata pengurus kelab Sepanyol itu kepada AS dalam sidang akhbar.

"Di peringkat ini, dalam saingan ini, adalah rumit jika anda tidak memasuki gelanggang dengan baik, mereka telah mengatasi kami."

Tambahnya: "PSG cukup bagus untuk mencipta peluang. Apa yang membimbangkan saya adalah mengenai keamatan pasukan.

"Kami sedar pihak lawan akan memberikan tekanan hebat, kami hampir langsung tidak melawan. Kami hanya mempunyai dua peluang dan menghasilkan dua gol daripadanya tetapi video bantuan pengadil (VAR) membatalkannya."

Di Maria membuka jaringan untuk PSG apabila penyerang itu menewaskan penjaga gol Madrid, Thibaut Courtois, pada minit ke-14.

Bagaimanapun, Zidane enggan menyalahkan penjaga golnya itu -- yang dihukum Di Maria dari jarak 20 meter, termasuk jaringan Meunier -- sebagai punca kekalahan itu. 

"Kami semua berada dalam satu kapal. Apabila menang, kami semua menang dan apabila kalah, kami semua kalah," katanya.

"Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa. Kesalahan harus dipikul oleh semua orang apabila kami tewas."

Advertisement

Must Watch Video