LEVANTE 2 REAL MADRID 2
Keputusan menggantikan Cristiano Ronaldo ketika Real Madrid seri 2-2 di Levante dalam LaLiga bukan untuk merehatkan pemain itu, kata Zinedine Zidane.
Ronaldo dibawa keluar oleh Zidane sejurus selepas pemain gantian, Isco, meledak sembilan minit sebelum tamat untuk meletakkan Madrid kembali di depan di Ciutat de Valencia, awal pagi tadi.
Tetapi kelekaan di barisan pertahanan kemudian membolehkan Levante menjaringkan gol penyamaan kedua ketika perlawanan tinggal seminit apabila pemain gantian, Giampaolo Pazzini, meledak dalam penampilan pertama untuk kelab itu.
Kekecewaan terbaru Madrid itu membuatkan skuad Zidane ketinggalan 18 mata di belakang peneraju LaLiga, Barcelona, dan pertemuan Liga Juara-Juara Eropah menentang Paris Saint-Germain (PSG), Khamis ini semakin penting, dengan pertandingan itu satu-satunya peluang realistik untuk mereka memenangi trofi dalam baki musim ini.
Selepas perlawanan, Zidane menegaskan bahawa penggantian Ronaldo tiada kaitan dengan isu kecergasan.
"Tidak. Ia dirancang untuk menukarnya dan itu sahaja," kata Zidane.
"Kami mempunyai perlawanan terkawal, yang paling sukar adalah menjaringkan gol. Kami mendapat 2-1 tetapi akhirnya, dua kesilapan kami kena dua gol.
"Tahun ini sukar bagi kami. Kami tidak boleh mengambil tiga atau empat keputusan baik berturut-turut. Saya tidak berpuas hati dengan keputusan ini. Kami mengawal perlawanan, semuanya hanya pada babak pertama, jadi saya tidak gembira, sudah tentu.
"Sungguh sayang, selepas kami menjaringkan gol kedua, kami tidak mampu untuk terus mengawal bola dan pertahanan kami tidak baik."
Ditanya semula mengenai Ronaldo dalam sidang media selepas perlawanan itu, Zidane menambah: "Saya menukarnya kerana saya mahukan pemain lain di tengah padang untuk menyokong Marco Asensio dan Karim (Benzema)."