Skip to main content

Bola Sepak

Zidane anggap Real Madrid mampu lebih gemilang tanpanya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zidane.jpg
Zinedine Zidane berbesar hati apabila barisan bintang Real Madrid mahu dia kekal tetapi berpendapat pasukan itu mungkin mampu lebih gemilang tanpanya.

Pengurus dari Perancis itu dijangka meletak jawatan sebaik musim ini berakhir. 

Villarreal, yang akan menghadapi Manchester United dalam final Liga Europa pada Khamis depan, akan menjadi pencabar Los Blancos untuk perlawanan terakhir kempen 2020/21, tengah malam ini. 

Madrid masih berpeluang menjuarai LaLiga, namun mereka akan turun dengan defisit dua mata kepada Atletico Madrid yang akan bertandang ke Real Valladolid.

Pengurus berusia 48 tahun itu memberitahu sidang media: "Saya sangat menyayangi pemain saya. Mereka telah menyelamatkan saya di atas padang, ini beerti mereka selalu mencurahkan segalanya dalam setiap perlawanan.

"Pemikiran itu sesuatu yang sangat manis buat jurulatih."

 
Pemain Terbaik Dunia sebanyak tiga kali itu telah memenangi tiga gelaran Liga Juara-Juara (UCL) bersama Madrid sementara LaLiga dua kali.

Ditanya adakah Madrid mampu menjadi pasukan yang lebih baik tanpanya, Zidane berkata: "Tentu, pasti."

"Kami akan beraksi, itu yang penting. Kami masih ada masa untuk membincangkannya. Ini bukan masanya.

"Kami harus memusatkan seluruh tenaga dalam perlawanan esok. Selepas 37 perlawanan, kami tidak akan membuang masa untuk membincangkan soal musim depan. kami hanya fokus kepada perlawanan esok.

"Yang penting bukan apa yang akan saya lakukan tetapi pasukan. Saya ulangi, saya minta maaf."

Dalam masa sama, ketua pasukan, Sergio Ramos, cergas bagi perhitungan penentuan LaLiga itu sementara Eden Hazard sah tersisih akibat kecederaan.
 

Advertisement

Must Watch Video