Jurulatih Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan, memuji aksi anak buahnya selepas menunjukkan 'karektor melawan' walaupun tumpas kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Negeri, Batu Kawan, malam tadi.
"Amat mudah kami beri (gol) dan kami bangkit semula," katanya. "Kami menunjukkan prestasi melawan yang begitu baik, cuma kekurangan pengalaman, Pada awalnya, kami terlalu hormat kepada mereka."
JDT turun dengan merehatkan beberapa pemain seperti Fadhli Shas dan Nazmi Faiz Mansor tatkala Pulau Pinang hanya menurunkan Nigel Dabingyaba selaku awang import.
Pulau Pinang melakukan asakan awal ke kawasan JDT pada minit keempat, malangnya percubaan Mohd Syukur Saidin terus ke dakapan Mohd Izham Tarmizi.
Pelawat kemudian mula mendominasi perlawanan dan hasilnya, Gonzalo Cabrera menyudahkan hantaran Azamuddin Akil pada minit keenam untuk JDT mendahului perlawanan.
Belum sempat Pulau Pinang bangkit, JDT merekodkan gol kedua pada minit 26, kali ini menerusi Azamuddin.
Selepas itu, Pulau Pinang mula menggandakan asakan dan berjaya meraih sepakan penalti selepas S. Kumaahran dikasari Muhammad Fazly Mazlan dalam kawasan penalti pada minit ke-37. Rafiuddin Rodin tenang menyempurnakan sepakan untuk merapatkan jurang.
Separuh masa kedua menyaksikan JDT mula memperlahankan tempo permainan, bagaimanapun, tetap menguasai perlawanan untuk mengekalkan kedudukan 2-1 hingga tamat perlawanan.
Sementara itu, jurulatih JDT, Benjamin Mora, berkata: "Kami bermain bijak, kami berjaya menguasai 35 minit pertama dan kemudian sedikit hilang bola pada separuh masa kedua. Mereka cepat dalam melakukan serangan balas."