Skip to main content

Bola Sepak

Zahasmi mohon saya bantu KAFA bawa masuk jurulatih import -- Annuar

annuar-musa-140417_1.jpg
Selepas mengalami kemerosotan prestasi termasuk tewas dua perlawanan berturut-turut di gelanggang sendiri  -– kalah kepada Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) -- isu mendapatkan jurulatih baharu kembali hangat diperkatakan.

Tan Sri Annuar Musa menerusi entri terbaharunya dalam laman sosial Facebook, mendedahkan mengenai permintaan ketua jurulatih The Red Warriors (TRW), Zahasmi Ismail, supaya beliau membantu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk mendapatkan seorang jurulatih antarabangsa bagi meningkatkan semula prestasi Kelantan.

“Ketua jurulatih TRW ada menghubungi saya bagi kali kedua untuk memohon saya membantu KAFA dengan membawa jurulatih antarabangsa,” katanya. 

Annuar yang juga penaja utama The Red Warriors (TRW) musim ini, menjelaskan beliau akan mengadakan perbincangan dengan pengurus pasukan, Datuk Rosmadi Ismail, dan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah, mengenai isu tersebut.

“Saya akan berbincang dengan pengurus pasukan, Datuk Rosmadi, dan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah.

“Hal ini…kami akan usahakan jika perlu berbuat begitu.”

Untuk rekod, Zahasmi Ismail dibawa masuk daripada Kelab Bola Sepak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) FC oleh KAFA bagi menggantikan jurulatih kelahiran Bulgaria, Velizar Emilov Popov, yang enggan menyambung kontrak akibat masalah peribadi dan keluarga.

Zahasmi mengikat kontrak selama setahun dengan KAFA dan tidak ada sebarang sasaran piala diletakkan ke atasnya musim ini melainkan memastikan TRW kekal dalam saingan Liga Super pada musim depan.


 

Advertisement

Must Watch Video