Skip to main content

Bola Sepak

West Ham restu Declan Rice cari cabaran baru

declan-rice.jpg
Pengerusi West Ham, David Sullivan, mengesahkan kapten kelab, Declan Rice, mendapat restu untuk berhijrah pada musim panas ini dan khidmatnya dijangka akan menerima bidaan serta-merta.

Pemain tengah England itu sendiri tidak pasti adakah dia telah menyarug jersi kelab London itu buat kali terakhir selepas membawa mereka meraih kegemilangan Liga Persidangan Europa UEFA (UECL).

Kemenangan 2-1 ke atas Fiorentina dalam perlawanan akhir semalam menyaksikan dia muncul sebagai kapten ketiga Hammers yang menjulang trofi utama selepas Bobby Moore dan Billy Bonds melakukannya. 

 

Bagaimanapun, Sullivan mengakui perjanjian lisan bermakna mereka akan membenarkan pemain yang masih mempunyai baki dua tahun dalam kontraknya itu untuk pergi.

Ditanya sama ada menjulang trofi di Prague adalah aksi terakhir Rice sebagai pemain West Ham, Sullivan memberitahu talkSPORT: “Saya fikir ia seharusnya begitu. Kami sudah berjanji bahawa dia boleh pergi.

“Dia sudah menetapkan hatinya untuk pergi dan dalam masa terdekat dia akan pergi jadi kami perlu mendapatkan pengganti.

“Ia bukan sesuatu yang kami mahu ia terjadi. 18 bulan lalu, kami menawarkan dia £200,000 (RM1.1j) seminggu dan dia menolaknya. Anda tidak boleh mengekalkan pemain yang tidak mahu berada di sini.

“Saya rasa tawaran akan mula datang hari ini. Tiga atau empat kelab telah menunjukkan minat tetapi sebagai penghormatan kepada West Ham memandangkan kami masih beraksi, mereka belum membuat tawaran."
 

Advertisement

Must Watch Video