Skip to main content

Bola Sepak

Wenger: Ozil terpaksa direhatkan

271117mesutozil.jpg
Arsene Wenger menjangkakan Mesut Ozil bakal terlepas aksi Arsenal bertemu Huddersfield Town kerana mengalami masalah kesihatan yang memaksa perancang itu direhatkan dalam perlawanan bertemu Burnley, semalam.

Ozil, yang sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona, mengikut skuad utama berkunjung ke Lancashire untuk pertemuan dengan Burnley yang berkesudahan dengan The Gunners meraih kemenangan 1-0 tetapi mungkin direhatkan untuk perlawanan berikutnya.

Arsenal ternyata amat memerlukan kehadiran pemain kebangsaan Jerman itu di dalam pasukan selepas berusaha untuk memecah kebuntuan ketika berdepan skuad kendalian Sean Dyche hingga sepakan penalti pada masa kecederaan yang disempurnakan oleh Alexis Sanchez memberikan tiga mata buat mereka.

Dan Arsenal dijangka tidak akan dapat menurunkan Ozil untuk perlawanan seterusnya di Stadium Emirates, Rabu ini.

"Saya tidak tahu masalah kesihatan apa yang dialami oleh Ozil," kata Wenger.

"Doktor datang bertemu saya dan memberitahu Ozil perlu direhatkan.

"Saya menjangkakan dia akan direhatkan untuk perlawanan seterusnya," ujarnya.

Arsenal merekodkan kemenangan ketiga berturut-turut ke atas Burnley, sekaligus memintas Tottenham untuk menghuni tangga keempat liga.

Advertisement

Must Watch Video