REAL MADRID 2 OSASUNA 0
Lucas Vasquez berpandangan Vinicius Junior dan Rodrygo Goes mampu menjadi pemain utama di Real Madrid.
Real kembali ke puncak LaLiga selepas gandingan pemain muda Brazil itu meledak gol ketika merakamkan kemenangan 2-0 ke atas Osasuna di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
Vinicius membuka jaringan pada minit ke-36 bagi menamatkan kemarau jaringan sejak Februari lalu sebelum digantikan oleh Rodrygo dalam separuh masa kedua untuk membuat penampilan sulungnya sejak berhijrah daripada Santos.
Rodrygo hanya memerlukan 93 saat untuk membuka jaringan -- jaringan sulung terpantas untuk kelab itu yang diledak seorang pemain yang melakukan penampilan pertama LaLiga sejak legenda Brazil, Ronaldo pada 2002.
Pemain sayap, Vazquez, tidak meragui gandingan tersebut mampu terus meningkatkan mutu permainan dan menjadi tunjang kepada Los Blancos.
"Kami sangat gembira dengan persembahan dua pemain muda itu," kata Vazquez.
"Permainan mereka semakin berkembang. Mereka mampu menjadi bintang."
Mengenai jaringan Vinicius, Vazquez berkata, "Kami sangat gembira Vinicius kembali menjaringkan gol. Dia merupakan salah seorang pemain yang berusaha keras.
"Dia membantu kami meraih tiga mata hari ini."
Zinedine Zidane melakukan lapan pertukaran sejak menewaskan Sevilla 1-0 hujung minggu lalu -- Gareth Bale, Karim Benzema dan Eden Hazard antara pemain yang direhatkan.
"Jurulatih telah melakukan perkara yang sama sepanjang bersama pasukan sebelum ini. Saya berasakan dia akan melakukan perkara yang sama," tambah Vazquez lagi.
Real bakal berdepan Atletico Madrid di Wanda Metropolitano bagi aksi LaLiga, Sabtu ini.