Skip to main content

Bola Sepak

Vardy digesa 'tamatkan saingan sebaik boleh' selepas selamatkan Leicester

30417jamie-vardy.jpg
WEST BROM 0 LEICESTER 1 

Bos Leicester City, Craig Shakespeare, menggesa Jamie Vardy menamatkan musim ini dengan bergaya selepas memastikan kemenangan 1-0 di West Brom, malam tadi, untuk menyelamat skuad Foxes daripada tersingkir dalam Liga Perdana Inggeris.


Pemain antarabangsa England itu menjaringkan gol ketujuh dalam sembilan perlawanan liga untuk membawa juara bertahan kepada 40 mata, sembilan mata di atas zon penyingkiran.

Shakespeare teruja dengan persembahan Vardy sejak kebelakangan ini dan mahukan pemain itu menjaringkan seberapa banyak gol yang mungkin untuk menjamin kemenangan Leicester melalui baki empat perlawanan.

"Saya rasa penyerang itu prestasinya sangat baik," katanya kepada BBC Sport. "Saya mahu dia menamatkan saingan di tempat terbaik. Dia juga menjaringkan banyak gol akhir-akhir ini dan kami perlukannya untuk meneruskan saingan."

Leicester telah mengambil 19 mata daripada maksimum 27 mata sejak Shakespeare menggantikan Claudio Ranieri sebagai pengurus tetapi jurulatih berusia 53 tahun itu berkata, pujian harus diberikan kepada pasukannya.

"Akhirnya ia adalah mengenai pemain. Saya boleh memilih skuad dan taktik tetapi mereka telah melaksanakannya. Pujian besar kepada mereka," katanya.

"Saya gembira dengan prestasi kami. Kami menunjukkan perbezaan hari ini (malam tadi), kami terpaksa mempertahankan... ia persembahan yang kuat dan saya benar-benar gembira dengan tiga mata ini.

Keputusan itu membuatkan ia kekalahan keempat berturut-turut dan tiada gol dalam lima perlawanan buat West Brom, yang mempunyai peluang lebih besar pada malam tadi tetapi tewas kepada hanya satu percubaan tepat Leicester.

Bos, Tony Pulis, kecewa dengan cara mereka dibolosi tetapi menegaskan bahawa percubaan nasib itulah yang diperlukan untuk kembali berada di landasan.

"Saya tidak rasa kami berhak untuk tewas. Ia adalah satu gol mudah yang kami lepaskan. Vardy melakukan jaringan seperti itu sepanjang masa dan kami bercakap tentang tidak meninggalkan ruang di belakang," katanya.

"Kami mempunyai peluang dan pemain bekerja keras. Mereka (Leicester) mempunyai satu peluang.

"Kami perlu pecahkan dan mendapatkan jaringan. Anda melihat pemain belari hari ini. Ia adalah perlawanan keempat kami tewas 1-0 dan kami sepatutnya menang mudah atau mengikat keudukan."

Advertisement

Must Watch Video