Ernesto Valverde menolak dakwaan bahawa Barcelona kini sedang dihimpit masalah selain pembawaan bola sepak moden sambil dia tenang mengenai spekulasi masa depannya.
Barca melalui permulaan terburuk dalam 25 tahun selepas ditewaskan Granada 2-0, Sabtu lalu.
Keputusan itu, yang membawa kepada kekalahan kedua dalam lima aksi pertama LaLiga musim ini, membuatkan mereka ketinggalan empat mata berbanding pendahulu dan melanjutkan rekod tanpa kemenangan di tempat lawan kepada tujuh aksi kompetitif selepas seri dengan Osasuna dan Borussia Dortmund.
Pertemuan dengan Villareal awal pagi esok menjadi peluang untuk mereka kembali ke landasan dan Valverde berharap dapat melenyapkan segala kritikan.
"Dalam bola sepak, kami bercakap tentang krisis setiap tiga hari dan dalam tempoh itu juga, anda boleh lari daripadanya," katanya.
"Itu yang kami mahu, mendapatkan enam mata yang ditawarkan pada musim ini.
"Mengapa kami dalam situasi ini? Kerana kami belum menang. Itu jelas. Terdapat detik di mana kami tidak mencipta peluang yang cukup untuk mengubah perlawanan.
"Ada perkara yang perlu kami tingkatkan tetapi selain babak kedua ketika berdepan Dortmund, tiada lawan yang menekan kami dengan peluang. Kadangkala kami dihukum dan itu berlaku.
"Kami mencipta peluang tetapi perlu menggandakannya. Itu yang perlu kami tingkatkan. Kami perlu mencipta lebih peluang berbanding lawan."