Ketua Eksekutif Barcelona, Oscar Grau, mengesahkan Ernesto Valverde pernah meminta kelab berkenaan agar membeli Neymar tatkala juara Sepanyol itu mempertimbangkan untuk membuat satu lagi tawaran ke atas bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu pada masa akan datang.
Neymar hangat dikaitkan dengan kepulangan ke Camp Nou, dengan Pengarah Sukan PSG, Leonardo, mengesahkan mereka sedia melepaskan tonggak Brazil tersebut yang mahu meninggalkan ibu kota Perancis itu.
Walaupun Barca dilaporkan menawarkan yuran perpindahan, termasuk pemain kepada PSG, perjanjian itu gagal direalisasikan sebelum tarikh akhir perpindahan Eropah ditutup 2 September lalu.
Neymar merakamkan gol pertamanya dalam penampilan sulung Ligue 1 minggu lalu selepas hajatnya untuk berpindah tidak kesampaian, namun penyokong 'ultras' PSG memberikannya sambutan dingin.
Real Madrid juga telah lama meminati Neymar, namun Grau enggan menyatakan sama ada Barca akan meneruskan usaha itu.
"Neymar diburu atas faktor kesukanan. Pengurus dan kelab telah melakukan segala-galanya untuk mendapatkannya, namun terhalang disebabkan isu kewangan," kata Grau, semalam.
"Kami membuat banyak tawaran kepada PSG tetapi semuanya telah ditolak. Saya tidak pasti apakah dia akan menjadi sasaran kami lagi pada musim panas akan datang. Perancangan untuk musim depan hanya akan dilakukan pada masa depan.
"Kami sangat gembira kerana mempunyai peluang untuk membawa Neymar kembali tetapi syarat-syarat yang dikenakan haruslah sesuai.
"Jika beberapa kesepakatan telah dicapai, ia mungkin berlaku tetapi PSG tidak senang dengan kehilangannya."
Barca juga gagal dalam pemburuan Matthijs de Ligt, yang memilih untuk tidak mengikut jejak rakan sepasukannya dalam kem Belanda, Frenkie de Jong, yang tiba di Camp Nou daripada Ajax.
"Kami membuat tawaran kepadanya tetapi dia lebih gemar untuk ke Juve kerana cukai di Itali akan membolehkan dia memperoleh gaji bersih yang lebih tinggi," tambahnya.