Sebaik tiba di Kuala Lumpur hari ini, ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, mengingatkan anak buahnya agar tidak terlalu dibuai dengan kejayaan menewaskan Indonesia dalam perlawanan pembukaan Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 di Jakarta, semalam.
Dia mahu skuad negara terus fokus bagi menghadapi perlawanan yang lebih mencabar selepas ini.
Tegasnya, skuad negara perlu mengekalkan momentum dan fokus untuk memburu tiga mata dalam aksi kedua menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini.
Kejayaan mengutip tiga mata pertama di Stadium Utama Gelora Bung Karno itu amat penting dalam menyuntik semangat pemain untuk meneruskan rentak kemenangan.
"Ia satu permulaan terbaik tetapi kami akan berdepan pasukan yang jauh lebih baik daripada Indonesia.
"Bagi saya, UAE adalah pasukan pilihan dalam Kumpulan G.
"Kami hendak teruskan momentum dan setiap pemain perlu fokus semula, tidak boleh terlalu khayal disebabkan tiga mata itu," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, menjelaskan badan induk itu telah membuat aduan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengenai insiden kekecohan penyokong Indonesia dalam perlawanan berkenaan.
"Kami di pihak FAM memang ada membuat bantahan tentang insiden ini tetapi peraturannya semua memang sudah jelas dan kita sebagai pihak yang (berada) dalam keadaan itu akan membuat bantahan secara rasmi kepada FIFA.
"Terpulang kepada FIFA untuk mengambil apa-apa tindakan yang perlu," katanya.