JERMAN 5 ITALI 2
Jerman akhirnya memperoleh kemenangan pertama dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) selepas menewaskan Itali 5-2 di Monchengladbach awal pagi tadi.
Selepas memperoleh keputusan 1-1 dalam tiga perlawanan pertama Kumpulan A3 itu, pasukan bimbingan Hansi Flick berkenaan mempamerkan aksi dominan di Borussia-Park untuk mudah menewaskan juara Eropah, Itali.
Joshua Kimmich memulakan kecemerlangan itu dengan jaringannya pada minit ke-10 dan sejak itu, Jerman tidak lagi memandang ke belakang.
Selepas Ilkay Gundogan menjaringkan gol sepakan penalti sebelum ke bilik persalinan, Thomas Muller menjadikan kedudukan 3-0 dengan memanfaatkan bola muntah hanya enam minit selepas perlawanan bersambung.
Timo Werner kemudian menjaringkan dua gol pantas, masing-masing pada minit ke-68 dan 69 untuk Jerman mengesahkan kemenangan lebih awal.
Itali cuba bangkit merapatkan jurang dengan jaringan Wilfried Gnonto pada minit ke-78 dan Alessandro Bastoni dalam waktu kecederaan tetapi kedua-dua gol itu sekadar menjadi sagu hati.

Two-goal Timo ?#DieMannschaft #GERITA 5-1 pic.twitter.com/46OY5LJUnf
— Germany (@DFB_Team_EN) June 14, 2022