Ketua jurulatih Jerman, Hansi Flick, memberi amaran kepada pasukannya tentang kualiti yang dimiliki England ketika dia membuat persiapan untuk pertemuan klasik itu dalam kancah Liga Negara-Negara (UNL), awal pagi esok.
England dibayangi prestasi sebenar ketika tumbang 0-1 kepada Hungary, Ahad lalu, dalam aksi pembukaan Liga A Kumpulan 3 sementara Jerman terikat dengan Itali.
Die Mannschaft bakal menjadi tuan rumah kepada skuad The Three Lions itu di Munich untuk pertemuan UNL seterusnya dengan England menang 2-0 dalam Euro 2020 Jun lalu.
Malah, Jerman tumpul dalam dua perlawanan terakhir menentang England (0-0 pada November 2017, 0-2 pada Jun 2021), sepanjang 16 perlawanan.
Bercakap dalam sidang akhbar pra-perlawanan, Flick menjangkakan satu pertemuan getir berdepan barisan kendalian Gareth Southgate itu sambil memuji ancaman ketua pasukan England, Harry Kane.
"Ia adalah satu pertembungan klasik, perlawanan ini sentiasa menghidangkan sesuatu yang istimewa. Segala-galanya sudah lalu. Kami melihat ke depan dan akan cuba untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik esok," kata bekas pengurus Bayern Munich itu.
"Kami telah berbincang tentang apa yang kami boleh lakukan dengan lebih baik lagi ketika menentang Itali. Adalah penting untuk kami mengharungi perlawanan ini dengan perasaan yang baik.
"Sangat penting untuk kami bersaing ketika menentang England. Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah sangat fizikal.
"Harry Kane adalah penyerang bertaraf dunia dan England mempunyai ramai pemain hebat dalam barisan mereka."

? München ?⚽#GERENG #DieMannschaft | ? DFB/Philipp Reinhard pic.twitter.com/SxbCKfMe1n
— Die Mannschaft (@DFB_Team) June 6, 2022