Bekas penolong jurulatih dan pemain, Ryan Gigga, menegaskan Manchester United perlu menjadi seperti Liverpool dan memberi sokongan kepada Zlatan Ibrahimovic dalam misi mencari jaringan gol.
Ibrahimovic merupakan bintang utama The Red Devils sejak tiba dari Paris Saint-Germain (PSG), meledak 16 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan 27 keseluruhan buat United, yang sedang bergelut untuk menamatkan saingan liga dalam kelompok empat pasukan terbaik.
Pemain berusia 35 tahun itu tidak mendapat sokongan secukupnya daripada Juan Mata, yang merupakan satu-satunya pemain selain Zlatan yang meledak lebih daripada 10 gol.
Marcus Rashford, Anthony Martial, Henrikh Mkhitaryan dan Paul Pogba menjaringkan tujuh gol musim ini, manakala kapten pasukan, Wayne Rooney hanya mencipta lima gol.
Ia adalah satu statistik menyedihkan buat United, yang menghuni tangga keenam dan ketinggalan empat mata kepada Manchester City yang menghuni tangga keempat.
Giggs menyifatkan mereka perlu mencipta gol untuk memperbaiki kedudukan mereka.
Giggs turut menyifatkan The Red Devils perlu mengikut jejak langkah Liverpool, yang telah meledak 66 gol dalam saingan liga.
"Mereka sudah berada di dalam posisi yang baik, namun tumpuan di atas padang yang merencatkan pergerakan mereka," kata Giggs.
"Sangat mengecewakan. Anda telah mendominasi perlawanan tetapi sekadar meraih keputusan seri.
"Tuah juga tidak menyebelahi United. Musim ini sahaja, percubaan Pogba telah terkena palang gol sebanyak sembilan kali. Jika dia menjaringkan semua gol itu, dia mungkin sudah meledak 15 gol.
"Anda tidak boleh terlalu bergantung kepada seorang pemain. Musim lalu, pemain Leicester City, Jamie Vardy, menjaringkan banyak gol, Riyad Mahrez menjaringkan 17 gol. Itu yang perlu dilakukan oleh United.
"Melihat apa yang dilakukan oleh Liverpool -- mereka tidak mempunyai seorang penyerang yang mampu menjaringkan 20 gol. Tetapi jaringan hadir daripada setiap sudut dan mereka mendahului carta jaringan gol.
"Sasaran saya sentiasa untuk menjaringkan lebih daripada 10 gol dan menghasilkan 15 bantuan jaringan.
"Sir Alex Ferguson sering memberitahu kepada saya 'ini adalah apa yang saya jangkakan daripada kamu'. Ia memberikan tekanan buat saya untuk memberikan yang terbaik."