Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Undian Piala Asia B-23: Nasib skuad remaja negara diketahui petang ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

afc-cup-b2-3.jpg
Skuad B-23 negara yang akan mengharungi kempen pusingan akhir di Qatar bakal mengetahui sipakah lawan yang bakal dihadapi pada April tahun depan.

Skuad remaja negara kendalian Juan Torres Garrido yang diletakkan dalam balang empat di samping Tajikistan, China dan Indonesia  akan menjalani proses udiannya pada hari ini. 

E Elavarasan -- mengundurkan diri sejurus kelayakan di Chonburi, Thailand, berakhir -- memastikan skuad negara mara ke pusingan akhir yang penganjurannya memasuki edisi keenam selepas muncul muncul naib juara kumpulan keempat terbaik.




Ia adalah penampilan ketiga skuad negara di Piala Asia B-23 selepas melakukannya pada 2018 dan 2022.

Skuad B-23 baru selesai berkumpul dan menjalani kem latihan pusat pertama di Wisma FAM, minggu ini. 


 

Advertisement

Must Watch Video