Skip to main content

Bola Sepak

Umum bersara: Bekas kelab iktiraf sumbangan Eto'o

eto-o.jpg
Samuel Eto'o terus dihujani ucapan selamat bersara selepas Pemain Terbaik Afrika sebanyak empat kali itu mengumumkan untuk menggantung but, semalam. 

Penyerang itu menyatakan hasratnya untuk bersara di laman Instagram peribadinya dengan berkata: "Pengakhiran, menuju cabaran baru."

Antara yang melahirkan penghargaan terhadap sumbangannya itu terdiri daripada pertahanan kental Itali, Marco Materazzi, selain bekas kelab-kelabnya.

Bekas pemain berusia 38 tahun itu, yang pernah mewakili Real Mallorca, Barcelona, Inter dan Chelsea, telah menikmati karier penuh gemilang dalam tempoh 22 tahun. 

Pencapaian terbaiknya termasuk kejuaraan 'treble' di samping Barca dan Inter di antara 2009 dan 2010. 

Selepas membantu Barcelona menjuarai LaLiga, Copa del Rey dan Liga Juara-Juara (UCL), dia berkelana pula ke Inter apabila membintangi pasukan bimbingan Jose Mourinho itu ketika mereka menjulang Scudetto, Coppa Italia dan UCL. 

Dia turut meraih kejuaraan UCL bersama Barca pada 2006 dan merupakan sebahagian daripada anggota skuad Cameroon yang memenangi Piala Negara-Negara Afrika 2002.

Eto'o mengharungi tempoh terbaik kariernya selama lima tahun di Barcelona. 

Ia mempengaruhi kelab itu untuk menyimpulkan sumbangannya di Camp Nou dalam satu perkataan, "LEGENDA" sambil berkongsi kompilasi gol-gol sumbangannya buat Blaugrana.
 

Advertisement

Must Watch Video