Tottenham jelas memahami kepentingan perlawanan akhir Liga Europa yang akan berlangsung minggu hadapan, dengan Micky Van de Ven mengakui bahawa mereka sememangnya perlu memastikan piala itu dalam genggaman mereka.
Selepas memenangi Piala EFL di bawah pimpinan Juande Ramos pada 2008, Spurs terpaksa mengharungi tempoh kemarau piala yang panjang selama 17 tahun.
Sejak itu, mereka telah tewas dalam tiga lagi perlawanan akhir Piala EFL serta Liga Juara-Juara Eropah 2019 menentang Liverpool, selain menamatkan musim Liga Perdana Inggeris tahun 2016-17 di tangga kedua.
Awal pagi Khamis minggu hadapan, mereka akan berkunjung ke Bilbao untuk menentang Manchester United dalam final Kejuaraan Eropah keenam mereka selepas menewaskan Bodo/Glimt dengan agregat 5-1 pada peringkat separuh akhir.
Selain menyedari kepentingan untuk melayakkan diri ke slot Liga Juara-Juara Eropah bagi pasukan yang berada di tangga ke-17 liga domestik, Van de Ven mengakui bahawa piala itu sememangnya sesuatu yang paling diidamkan para penyokong.
"Sudah tentu, memang seronok jika kami dapat bermain di Liga Juara-Juara Eropah tahun hadapan namun kami perlu memenangi piala ini terlebih dahulu," katanya kepada TNT Sports.
"Menurut penyokong, 'kami sudah lama tidak memenangi piala', dan kami mahu menjadi pasukan yang menghadiahkan mereka sesuatu yang istimewa untuk diraikan. Kami akan ubah perkara tersebut."
Berdasarkan sejarah dua Kejohanan utama Eropah iaitu Liga Juara-Juara dan Liga Europa, terdapat 19 perlawanan akhir melibatkan dua pasukan dari negara yang sama.
Ini akan menjadi perlawanan akhir keenam antara dua pasukan dari England -- lebih banyak daripada mana-mana negara lain -- dan yang pertama sejak Chelsea menewaskan Manchester City pada tahun 2021.
Spurs telah menewaskan United sebanyak tiga kali musim ini -- dua di Liga Perdana Inggeris dan satu di Kejohanan Piala EFL.
Mereka merupakan pasukan pertama yang berjaya memenangi tiga perlawanan berasingan menentang Red Devils dalam satu musim di semua kejohanan sejak Chelsea pada musim 2012-13.