Eric ten Hag bengang dengan keputusan pengadil yang tidak memberikan Manchester United sepakan percuma selepas Marcus Rashford jelas dikasari ketika terikat 2-2 dengan Barcelona dalam perlawanan playoff pertama pusingan kalah mati Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.
Rashford dijatuhkan di kawasan Barca dan dilihat dikasari oleh Jules Kounde bertul-betul di depan petak penalti sewaktu United sedang mendahului 2-1 tetapi pengadil, Maurizio Mariani, membenarkan permainan untuk diteruskan.
Sebelum itu, pemain kebangsaan England berkenaan terlebih dahulu memadamkan jaringan penyamaan Marcos Alonso dalam babak kedua dan gol sendiri Kounde tidak lama selepas itu meletakkan United di depan.
Bagaimanapun, Raphinha muncul penyelamat Barca menerusi gol penyamaannya pada 14 minit terakhir.
Walaupun secara umumnya dia berpuas hati dengan prestasi pasukannya dan keputusan perlawanan itu, Ten Hag berasakan insiden melibatkan kekasaran Kounde ke atas Rashford berkenaan perlu diberikan memandangkan pemain kebangsaan Perancis itu berkemungkinan besar akan dibuang padang seandainya kekasaran itu dikesan pengadil.
Ten Hag berkata kepada BT Sport: "Saya fikir pengadil membawa pengaruh yang besar dalam perlawanan ini. Ia sudah pasti satu kekasaran ke atas Rashy.
"Anda boleh mempertikaikan sama ada ia di dalam atau luar kawasan penalti tetapi apa pun, ia pasti kad merah kerana Rashford sedang berada dalam situasi satu lawan satu dengan penjaga gol.
"Jadi, ia mempengaruhinya, bukan sekadar perlawanan ini tetapi juga pusingan ini.
"Ia tidak sepatutnya berlaku, pengadil tidak boleh melakukan kesilapan seperti itu," katanya.
Rashford, dalam pada itu, turut tidak berpuas hati dengan keputusan Mariani.
"Ia satu momen yang amat besar dalam perlawnaan ini.
"Saya masih belum melihat ulang tayang tetapi ketika ini, saya tidak faham apa yang penjaga garisan fikir menyebabkan saya terjatuh.
"Saya membawa bola melepasinya dan kaki saya betul-betul di depan bola, dia menyentuh kaki saya dan ia jelas satu kontak.
"Ia bukan penalti tetapi bagi saya, ia 100 peratus satu kekasaran," katanya.

22 - Marcus Rashford has scored 22 goals for Man Utd in all competitions this season, equalling his best return in a single campaign (also 22 in 2019-20). Electric. pic.twitter.com/zkV7aU0AUE
— OptaJoe (@OptaJoe) February 16, 2023