Bekas pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen, secara rasminya mengumumkan persaraan daripada arena badminton menerusi hantaran di media sosial sebentar tadi.
Dia bakal dikenali selaku legenda badminton Denmark kerana menjadi antara atlet paling berjaya memenangi 27 gelaran merangkumi super 300, super 500, super 750 dan super 1000 sepanjang karier.
Advertisement
Pihak Persekutuan Badminton Dunia (BWF) turut mengucapkan terima kasih atas kecemerlangannya meraih pelbagai pencapaian membanggakan.
Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo dan Paris itu tidak menyertai mana-mana kejohanan musim ini ekoran dibelenggu masalah kecederaan dan mengambil tempoh masa yang lama untuk kembali.
Kali terakhir dia beraksi secara kompetitif adalah pada penghujung 2025 dalam Terbuka Denmark di tempat sendiri, namun terhenti di peringkat suku akhir.
Secara peribadi, Axelsen, 32, telah merangkul kejuaraan dunia sebanyak dua kali, selain menjuarai Piala Thomas, Kejohanan Badminton Eropah.
Thank you and all the best, @ViktorAxelsen. 🫶#BadmintonIcon pic.twitter.com/FXHFl6lOrh
— BWF (@bwfmedia) April 15, 2026
Axelsen dahulu menjadi seteru buat Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Lee Chong Wei, pada zamannya sebelum menjadi lawan sengit kepada Lee Zii Jia.
Selamat bersara legenda!