Skip to main content

Berita Sukan Am

Dari idea bawa ke podium: MyIPO lindungi aset pacu prestasi atlet negara

MyIPO

Usaha memperkasakan inovasi sukan tempatan terus dipacu secara agresif menerusi kerjasama strategik dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi mengangkat inovasi sebagai aset bernilai tinggi negara.

Antara hasil dalam sains sukan ini apabila  Ketua Cawangan Penyeledikan Dan Pembangunan (R&D) Inovasi Sukan Bahagian Penyelidikan Dan Inovasi ISN, TS. Mohamad Fauzi Ibrahim, dari Institut Sukan Negara (ISN) tampil memperkenalkan sebuah sistem pemantauan latihan berteknologi tinggi yang berupaya mengukur ulangan, kelajuan, kuasa dan jarak masa nyata bagi membantu sukan badminton negara yang dikenali sebagai 'Gym Speed Tracker'.

Advertisement

"Kami pernah menghasilkan satu perisian untuk menganalisis sukan badminton yang pernah digunakan Datuk Lee Chong Wei.

"Melalui aplikasi ini, kami dapat menganalisa prestasi atlet secara langsung dan data itu dapat disediakan terus untuk membolehkan jurulatih menilainya semasa pertandingan," katanya di Nadi Arena.

Tidak ketinggalan, Projek Basikal Sukan Olimpik , WX-R Vortex, untuk digunakan oleh jaguh negara, Datuk Azizulhasni Awang, yang menjadi simbol kecemerlangan inovasi tempatan.

Direka dengan karbon fiber ultra ringan serta teknologi aerodinamik termaju, basikal ini mampu mengurangkan rintangan angin dan memberikan kelebihan kompetitif yang besar di pentas dunia.

Malah, TS Fauzi menegaskan kepentingan perlindungan harta intelek sebagai tunjang strategik dalam mencipta masa depan sukan Malaysia yang lebih gemilang.

"Inovasi dan teknologi sains sukan memainkan peranan sangat penting dan berkembang dengan pesat.

"Contohnya Azizulhasni, kedudukan pingat itu kadangkala berbeza milisaat saat sahaja. Jadi teknologi sains sukan inilah membolehkan atlet kita dapat bersaing di peringkat global.

"Memandangkan semua peralatan sukan kita dipaparkan di peringkat antarabangsa jadi dengan mendaftarkannya sebagai harta intelek, kami boleh lindungi peralatan dan aplikasi kami daripada diciplak oleh pihak luar dan tindakan boleh diambil," katanya lagi.

 

Must Watch Video