Skip to main content

Golf

JIGC: Platform pemain remaja negara lebarkan bakat

uy

Kejohanan Golf Remaja Jemputan (JIGC) kembali menghangatkan kalendar saingan remaja negara tahun ini apabila bakal berlangsung di Kelab Golf Diraja Selangor, dari 12 hingga 14 Mei depan.

Memasuki edisi ke-11, kejohanan ini terus menjadi salah satu pemangkin pembangunan bakat muda golf malaysia dengan penyertaan daripada 13 negara termasuk Korea Selatan, Australia dan Jepun.

Advertisement

95 pemain bakal berentap, dengan Malaysia mendominasi senarai penyertaan menerusi 39 atlet termasuk 25 daripada Program Pembangunan Remaja Kebangsaan (NJDP).

Selain merebut gelaran juara, empat pemain terbaik negara kategori bawah 18 dan 15 tahun turut berpeluang membawa cabaran ke Kejohanan Remaja Taiwan 2026 dengan kos sepenuhnya ditanggung oleh pihak penganjur.

"Ini kerjsama sama pertama dengan MBA yang turut mempunyai perancangan besar terhadap peringkat remaja negara pada tahun ini.

"Kami mahu mereka meningkatkan tahap mereka," kata Pengerusi Kejohanan, Ezani Abu Bakar.

 

 

 

Tambah Pengarah Pertandingan, Dr Cheng Seng Poh: "Lapangan ini agak mencabar untuk kejohanan elit remaja.

"Saya harap menjadikan ini sebagai satu pelantar untuk mereka bersaing dalam satu kejohanan kompetitif di samping meningkatkan mutu permainan mereka, lebih-lebih pemain daripada NJDP.

"Kami mendapat bantuan yang diperlukan kejohanan ini."

 

 

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video