Skip to main content

Bola Sepak

Pasukan ranking ke-176 dunia bakal digantung FIFA

FIFA

Campur tangan pihak ketiga bakal mengakibatkan hukuman berat.

Persatuan Bolasepak Nepal (ANFA) berkemungkinan besar dikenakan penggantungan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas keterlibatan pihak kerajaan berkenaan kongres pemilihan badan induk itu.

Advertisement

Difahamkan, ANFA mahu mengadakan pemilihan awal, namun Majlis Sukan Negara Nepal (NSC) mendapati bahawa ia melanggar undang-undang dan status perundangan uang ditetapkan.

NSC mengambil serius lalu menggantung semua ahli jawatankuasa, sekali gus menghentikan hasrat awal itu dan tidak mengiktiraf mana-mana aktiviti bi bawah seliaan ANFA, termasuk perlawanan membabitkan skuad kebangsaan.

Dalam perkembangan sama, FIFA bersama Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah menghantar surat kepada NSC untuk menarik semula hukuman tersebut pada minggu lalu.

Sekiranya gagal berbuat demikian, keseluruhan ANFA akan digantung sepenuhnya oleh FIFA.  

Must Watch Video