Declan Rice menggesa West Ham 'mencipta legasi' yang menyaksikan mereka bakal 'diingati selama-lamanya' dengan memenangi perlawanan akhir Liga Conference Europa awal pagi esok.
Rice percaya kemenangan dalam perlawanan terakhirnya untuk kelab itu akan menjadi pencapaian terbesarnya dalam bola sepak, dengan pemain berusia 24 tahun itu bersiap sedia untuk mengetuai The Hammers dalam perlawanan akhir utama Eropah pertama mereka sejak 1976.
Pemain tengah itu akan dijual pada musim panas ini, dengan kelab seperti Arsenal, Bayern Munich dan Manchester United semuanya berusaha untuk memeterai perjanjian yang mungkin bernilai sekitar GBP100 juta.
Bagaimanapun, Rice berpeluang untuk menyertai tokoh legenda, Bobby Moore dan Billy Bonds sebagai satu-satunya kapten West Ham yang pernah memenangi pingat utama.
“Ini akan menjadi perlawanan terbesar kelab sejak sekian lama, jadi ia akan menjadi satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripadanya dan diharapkan kami dapat mencipta sejarah baru buat kelab,” kata Rice.
“Kami sudah mencipta sejarah dengan mara ke final, tetapi kini ada peluang untuk pergi dan mencipta legasi di mana setiap pemain, pengurus, semua yang terlibat akan diingati selama-lamanya.
"Saya fikir ia adalah peluang unik yang kami ada, yang kami benar-benar mahu memastikan menjadi milik kami."
Walaupun masih muda, Rice adalah antara pemain skuad David Moyes yang paling berpengalaman, telah bermain di final Kejohanan Eropah bersama England, serta suku akhir Piala Dunia di Qatar Disember lalu.
Bagaimanapun, graduan akademi Hammers itu menegaskan memenangi trofi pertamanya akan mengatasi apa sahaja yang telah dicapainya setakat ini dalam kerjayanya.
"Saya fikir ia akan menjadi pencapaian terbesar saya dalam bola sepak setakat ini, 100 peratus," tambahnya.
"Final ini cukup bermakna, sejujurnya. Hanya untuk menjulang trofi itu, terutamanya untuk bersama pasukan ini.
“Sudah pasti perut kami berkobar-kobar untuk mengalami aksi final ini dan kami mempunyai peluang untuk melakukannya."