Skip to main content

Badminton

Badminton: Penantian berakhir selepas 9 tahun, pingat emas kembali ke China

YuQi

Ini merupakan kali pertama Shi Yu Qi memenangi pingat emas dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC).

Pemain perseorangan lelaki nombor satu China itu berjaya memecah kebuntuan menamatkan kemarau kejayaan negara itu dalam sektor tersebut untuk membawa pulang pingat emas.

Advertisement

Untuk rekod, kali terakhir China merangkul tempat pertama dalam kategori itu pada 2017 oleh Chen Long.

Difahamkan, usai pencapaian membanggakan itu, Yu Qi bakal kembali selaku pemain ranking pertama dunia menolak kedudukan wakil Thailand di tempat kedua, Kunlavut Vitidsarn.

Meskipun menentang atlet yang sedang meningkat naik dari India, namun dia mudah menghadapi cabaran itu apabila menang straight set 21-8, 21-10 dalam perlawanan akhir di Ningbo semalam.

Satu lagi rekod berhasil tercipta apabila pemain berusia 30 tahun itu mengekalkan rekod bersih menang kesemua aksi dengan straight set sejak pusingan 32, sekali gus mengulangi kehebatan Lin Dan pada 2015.

Kejuaraan Dunia, Piala Sudirman, Piala Thomas serta 15 gelaran terbuka siri jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) merupakan antara koleksi emas dalam kariernya setakat ini.

Must Watch Video