Seorang lagi pemain badminton negara, Haikal Nazri, dikatakan bakal membuat haluan baharu dalam masa terdekat.
Difahamkan, menurut laporan wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, pemain beregu lelaki kebangsaan itu telah menghantar surat kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkenaan hasratnya untuk bertindak secara profesional.
Advertisement
Namun, perkara itu masih di peringkat khabar angin dan belum ada mana-mana kenyataan rasmi setakat ini.
🚨🚨Spekulasi sdg bertiup kencang mengaitkan Haikal Nazri yang difahamkan telah menghantar surat kepada BAM untuk bertindak secara profesional?🔥
🫶Perlu BAM melakukan counter offer kepada Haikal yang kini bergandingan dengan Bryan Goonting?@ASTROARENA pic.twitter.com/5s4FNDJG9r— Faizal Bazari (@faizalbazario) April 13, 2026
Haikal dahulu pernah bergandingan bersama Choong Hon Jian dan Arif Junaidi, mencipta sensasi berada di ranking ke-18 dunia.
Dia sudah mengumpul empat gelaran siri jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) setakat ini.
Terdahulu, Hoo Pang Ron dan Go Pei Kee juga meninggalkan BAM menerusi kenyataan minggu lalu.