Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Mimpi Inter jadi kenyataan -- Simone Inzaghi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lautaro-martinez.jpg
INTER 3 SPORTING 3
(Inter mara dengan agregat 5-3)

Pengurus Inter, Simone Inzaghi, mengakui sebelum ini dia hanya mampu bermimpi untuk membawa pasukannya layak ke separuh Liga Juara-Juara (UCL).


Nerazzurri melolosi kumpulan maut pada awal kejohanan musim ini apabila mereka diundi bersama Bayern Munich dan Barcelona sebelum muncul naib juara dengan mengatasi gergasi LaLiga itu.

Inter menewaskan Benfica secara agregat 5-3 selepas pertembungan getir aksi suku akhir di San Siro, awal pagi tadi, dan itu bermakna mereka akan menentang musuh setempat, Milan, dalam separuh akhir buat kali pertama sejak musim 2002-03.

Malah, ini kali kelima mereka bertembung musim ini. 

"Wujud kebahagiaan yang besar," katanya selepas perlawanan.

 
“Kami mempamerkan permainan yang hebat ketika menentang sebuah pasukan yang sukar.

"Kami memang berhak ke separuh akhir yang sebelum ini hanyalah mimpi. 

"Saya gembira buat pemain serta kemaraan kami. 

"Kami memulakan kempen kali ini dalam kumpulan yang sangat sukar di samping Barcelona dan Bayern Munich. 

"Kami bekerja keras setiap hari demi menikmati malam-malam seperti ini. "

Sebagaimana dalam perlawanan pertama, Nicolo Barella, memberikan Inter pendahuluan dengan penyudah cemerlang sebelum Fredrik Aursnes menyamakan kedudukan buat pelawat menerusi tandukan kencang sebelum rehat.

Tetapi Lautaro Martinez meletakkan Inter kembali di hadapan sebelum pemain gantian, Joaquin Correa, menokok satu lagi jaringan biarpun gol lewat daripada Antonio Silva dan Petar Musa sempat memberi tekanan. 

Anak buah Roger Schmidt itu sekurang-kurangnya menamatkan rentetan kekalahan mereka baru-baru ini.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video