Pertemuan Bayern Munich dan Real Madrid dalam aksi separuh akhir Liga Juara Juara Eropah kali ini akan menjadi ‘tale of two Englishmen’.
Persoalannya adalah siapa yang bakal mendominasi, Harry Kane atau Jude Bellingham?
Buat Kane, perpindahan ke Bayern Munich selepas setia bersama kelab lamanya, Tottenham Hotspur merupakan tiket untuk peroleh piala pertama dalam karier tetapi hasrat itu tidak kesampaian di Bundesliga musim ini. Jadi, Liga Juara-Juara merupakan misi seterusnya buat Kane kerana pada usia 30 tahun, dia masih belum pernah peroleh sebarang piala bersama kelab atau negara.
Skrip berbeza buat Bellingham kerana dia sudah pun menjulang piala Bundesliga bersama kelab lamanya Dortmund sebelum ini. Perpindahannya ke Dortmund pada 2020 menjadikannya pemain 17 tahun termahal dalam sejarah bola sepak dunia. Pada masa sama, dia juga menjadi pemain utama England dan merupakan antara pemain termuda yang mewakili nagaranya.
Tambahan lagi, nasib memihak diri Bellingham apabila kedatangan ke Real Madrid dalam musim pertamanya membantu pasukan itu menjulang piala La Liga buat kali keempat, sekali gus menjadikan perpindahan nya pada usia 20 tahun bersama kelab Sepanyol itu merupakan langkah yang tepat.
Perbezaan sedekad umur antara rakan sepasukan England ini yang bakal berentap buat kali pertama di UCL bakal menjadi tumpuan untuk menambah lagi perencah dalam persaingan Bayern vs. Madrid.
Jika dilihat secara individu, 42 gol dan 13 bantuan dari Kapten pasukan England itu dalam 42 perlawanan sejak bersama Bayern dikala pasukan itu mengharungi musim yang teruk di semua kejohanan lain bererti Kane bakal jadi ancaman terbesar buat Real Madrid.
Tetapi tidak boleh juga dinafikan dominasi Real Madrid yang pernah menjulang 14 kali trofi UCL akan beri kelebihan ditambah dengan kehadiran Bellingham yang setakat ini berjaya catat 21 gol dan 10 bantuan bersama Madrid musim ini akan menjadikan pertembungan separuh akhir UCL ini seperti aksi final.

Real Madrid vs Bayern UCL head to head.
— Madrid Xtra (@MadridXtra) April 29, 2024
The European Classic awaits. pic.twitter.com/xCxTAQLQre
Buat Kane, perpindahan ke Bayern Munich selepas setia bersama kelab lamanya, Tottenham Hotspur merupakan tiket untuk peroleh piala pertama dalam karier tetapi hasrat itu tidak kesampaian di Bundesliga musim ini. Jadi, Liga Juara-Juara merupakan misi seterusnya buat Kane kerana pada usia 30 tahun, dia masih belum pernah peroleh sebarang piala bersama kelab atau negara.
Skrip berbeza buat Bellingham kerana dia sudah pun menjulang piala Bundesliga bersama kelab lamanya Dortmund sebelum ini. Perpindahannya ke Dortmund pada 2020 menjadikannya pemain 17 tahun termahal dalam sejarah bola sepak dunia. Pada masa sama, dia juga menjadi pemain utama England dan merupakan antara pemain termuda yang mewakili nagaranya.
21 goals and 10 assists this season.
— TC (@totalcristiano) April 22, 2024
This is a 20 year old in his first season for the biggest club in the world, scoring two late winners vs Barca, helping to take us to La Liga title and the Champions League semi-final.
That’s Jude Bellingham for you.pic.twitter.com/xEXD22grUR
Tambahan lagi, nasib memihak diri Bellingham apabila kedatangan ke Real Madrid dalam musim pertamanya membantu pasukan itu menjulang piala La Liga buat kali keempat, sekali gus menjadikan perpindahan nya pada usia 20 tahun bersama kelab Sepanyol itu merupakan langkah yang tepat.
Perbezaan sedekad umur antara rakan sepasukan England ini yang bakal berentap buat kali pertama di UCL bakal menjadi tumpuan untuk menambah lagi perencah dalam persaingan Bayern vs. Madrid.
???????? Harry Kane scores a brace today and makes it new personal record with 42 goals in all competitions this season.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 27, 2024
42 goals in 42 games as Bayern player.
ℹ️ 400 total goals in his senior career for club and country. pic.twitter.com/IQ7sZAzp7s