Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Inter Milan tekad sahkan kemaraan lebih awal

inzaghi.jpg
Pengurus Inter Milan, Simone Inzaghi, melontarkan amaran kepada pasukannya bahawa mereka perlu berada di tahap terbaik sekiranya mereka ingin mencetak kemenangan yang mereka perlukan di Red Bull Salzburg. 

Tiga mata Red Bull Arena pada awal pagi esok akan menyaksikan menyusuli Real Sociedad dengan perbezaan gol, dan mengetahui kemenangan akan mengesahkan tempat mereka ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) dengan baki dua perlawanan Kumpulan D.

Kelab Serie A itu menewaskan Salzburg 2-1 dalam perlawanan timbal balik bulan lalu tetapi Inzaghi berkata pasukan Austria itu yang menduduki tempat ketiga dalam kumpulan mampu mencetuskan masalah buat finalis musim lalu.

"Kami tahu kepentingan perlawanan malam esok," katanya dalam sidang media.




“Kami sedar bahawa kami akan berdepan lawan yang telah menunjukkan kualiti mereka di San Siro. Salzburg adalah pasukan fizikal yang banyak berlari dengan pemain yang bagus. 

“Kami pernah beraksi di sini dan kami tahu betapa kuatnya sorakan padu peminat mereka. Kami perlu mempamerkan karakter sebenar kerana Salzburg merupakan pasukan yang tahu bagaimana untuk mengharungi perlawanan seperti ini.

“Salzburg adalah pasukan tersusun dengan baik. Seperti di San Siro, esok kami akan berdepan kesukaran dan kami harus mengatasinya bersama-sama dengan cara yang terbaik.

“Kami memerlukan teknik dan fizikal. Kami memerlukan prestasi terbaik Inter. Kami tahu kepentingan perlawanan ini dan kami akan menghadapinya sebegitu.”

Advertisement

Must Watch Video