Erling Haaland mengetepikan kebimbangan mengenai prestasinya menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi esok.

Haaland telah menyumbangkan 52 gol dalam musim pertama bersama Manchester City tetapi sekadar meledak satu gol dalam tujuh penampilan terakhirnya.

Menjelang salah satu perlawanan terbesar dalam sejarah City apabila mereka menentang Inter Milan di Istanbul untuk trofi utama Eropah, mereka telah mempamerkan satu prestasi yang menakjubkan.

Namun, Haaland menegaskan tiada apa yang perlu dikhuatiri dan dia tidak terkesan dengan musim yang panjang dan sukar.

“Anda boleh menganggapnya sebagai satu gol dalam tujuh perlawanan atau 52 gol dalam 52 perlawanan dan lapan bantuan jaringan,” kata penyerang Norway itu.

“Anda boleh memikirkannya dalam kedua-dua cara.

"Saya tidak tertekan. Saya berasa sangat baik.




"Saya sering fikir ia sesuatu perkara yang bagus apabila orang mula mengkritik anda.

“Saya menjaringkan gol dalam setiap perlawanan tetapi masih dikritik.

"Itulah yang berlaku pada dasarnya.

“Dalam perebutan Perisai Komuniti saya terlepas beberapa peluang terhidang.

"Ia boleh berlaku dan masih akan berlaku."