Skip to main content

Bola Sepak

Tuchel tidak pernah henti percayakan Di Maria

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

psg-attacker-angel-di-maria.jpg
Thomas Tuchel menyatakan dirinya 'tidak pernah berhenti percayakan' Angel Di Maria selepas sekali lagi mengetepikan pemain itu daripada kesebelasan utama Paris Saint-Germain.

Di Maria tidak beraksi secara konsisten bersama PSG selepas sekali lagi tersenarai sebagai pemain gantian ketika pasukan merekodkan kemenangan 2-0 dalam saingan Ligue 1 ke atas Lorient di Parc des Princes.

Pemain kebangsaan Argentina itu diperkenalkan ketika baki 19 minit, ketika juara bertahan itu telah mendahului 2-0 ke atas pasukan yang beraksi dengan 10 pemain hasil jaringan Kylian Mbappe dan Moise Kean.



Di Maria melakukan 18 sentuhan ketika beraksi dan gagal melakukan sebarang percubaan.

Dan ketua jurulatih PSG, Tuchel memberitahu Di Maria perlu memperbaiki persembahan ketika menyerang jika mahu mendapatkan semula tempat dalam kesebelasan utama.

"Saya berasakan Angel telah kehilangan perkara yang mudah baginya sebelum ini, namun itulah yang perlu dilalui," katanya.

"Kami mengubah struktur pasukan pada minit terakhir ketika menentang [RB] Leipzig, di Manchester, menentang [Istanbul] Basaksehir dan dan di Montpellier. 



"Kami bermain dengan lebih baik menggunakan formasi 5-3-2. Mudah bagi Rafinha di posisi ini, di bahagian tengah, dia lebih tegas. Tetapi ia adalah keputusan terbaik buat masa ini."

"Saya tidak akan pernah berhenti percayakan Angel. Ia sentiasa berada dalam fikiran saya, juga di hati. Dia sekali lagi cuba untuk beraksi cemerlang namun masih lagi tidak mencapai tahap terbaik."

Advertisement

Must Watch Video