Thomas Tuchel berazam untuk membantu penyerang yang sedang bergelut, Timo Werner untuk 'membina semula kepercayaannya pada dirinya sendiri' selepas permulaan yang mengecewakan di Chelsea.
Werner tiba di Stamford Bridge dengan harapan tinggi selepas berhijrah dari kelab Bundesliga, RB Leipzig, tetapi gagal untuk membuktikan kemampuannya di bawah kendalian bekas ketua jurulatih Chelsea, Frank Lampard.
Pemain kebangsaan Jerman, Werner, telah meledak sembilan gol dalam 28 perlawanan untuk Chelsea, dengan hanya empat terhasil bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Werner tidak menemui gawang sejak November dan pemain gantian yang tidak digunakan oleh pengendali baru Chelsea, Tuchel ketika bertemu Wolves.
Pemain berusia 24 tahun itu gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika meraih kemenangan ke atas Luton Town dalam saingan Piala FA minggu lalu, di mana aksi terakhir Lampard bersama The Blues.
Tuchel tidak berpaling terhadap rakan senegaranya ketika seri tanpa jaringan dengan Wolves, tetapi optimis dia dapat mendapatkan permainan terbaik daripadanya.
<blockquote class="twitter-tweet"><p lang="en" dir="ltr">Tuchel Cam ? If his opening game in the Chelsea dugout is anything to go by, the new gaffer is quite the vocal one ?</p>— Chelsea FC (@ChelseaFC) <a href="https://twitter.com/ChelseaFC/status/1355244322711613454?ref_src=twsrc%5Etfw">January 29, 2021</a></blockquote> <script async src="https://platform.twitter.com/widgets.js" charset="utf-8"></script>
"Buat masa ini, mengapa saya tidak menurunkannya bertemu Wolves, saya melihat mukanya dengan lebih dekat dan dia kelihatan memikul beban yang terlalu berat di bahunya.
"Dia seorang pemain yang sangat mengambil berat dan sentiasa menampilkan perwatakan yang terbaik.
"Buat masa ini, perkara paling penting adalah membina semula keyakinan dalam dirinya dan berusaha untuk membantunya supaya tidak terlalu meragui apa yang akan berlaku. Ia adalah tugas saya, untuk membantunya di mana pasukan dapat meraih manfaat daripada kualitinya."